SUARA BEBAS TUARAN

SUP Menteri Di Jabatan PM Letak Jawatan Susuli Siasatan Rasuah

Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa Ahad lalu, demikian dinyatakan dalam laporan akhbar semalam.
Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kelmarin, bagaimanapun, tidak menyatakan sebab Encik Hasbie meletak jawatan.
  • Difahamkan, peletakan jawatan beliau berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah, lapor BHM.
  • SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank milik Hasbie bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
  • Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, yang menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM2 juta ($825,000), yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100.
  • Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang, dan sebuah kereta mewah disita.
  • Tan Sri Nor Mohamed bertanggungjawab bagi mengendalikan Unit Perancangan Ekonomi Malaysia tetapi Hasbie dilantik sebagai setiausahanya semasa beliau masih lagi Menteri Kewangan Kedua Malaysia di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  • Hasbie, yang berasal dari Sarawak, dilantik sebagai setiausaha politik bersama 26 orang yang lain pada April 2008 ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia, kata laporan akhbar The Star.
  • Sambil memetik beberapa sumber, laporan The Star itu menegaskan bahawa para penyiasat mengenal pasti beberapa individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut dan akan memanggil mereka tidak lama lagi bagi membantu siasatan.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails