Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berharap parti-parti pembangkang di negeri itu akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ahmad Thamrin Jaini berkata parti itu percaya harapan itu dapat direalisasikan sebaik sahaja pakatan pembangkang didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah gabungan.
Sumber: BERNAMA
- Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara pemimpin PKR Sabah dan Presiden PKR kebangsaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat PKR negeri di sini pada Ahad.
- Ahmad Thamrin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kerjasama antara DAP dan PKR di Sabah ekoran kedua-dua parti gagal menyerlah pada pilihan raya umum 2008, dengan DAP hanya mampu menguasai satu kerusi sahaja iaitu kerusi Parlimen Kota Kinabalu manakala PKR gagal menawan sebarang kerusi.
- Ditanya sama ada Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN pada 2008 akan menyertai pakatan pembangkang, katanya: "Ia terbuka kepada perbincangan".



February 22, 2010 3:11 AM
Salam Ir Solymone,
Pemimpin-pemimpin ini sudah ketandusan tempat betenggek. Mereka kesemuanya adalah bekas-bekas BN yang menjadi sampah. Kini mengemispun kepada PKR mereka sanggup kerana untuk kembali ke panguan BN, mereka sudah akan worse off dari mengemis kepada PKR. Kokok mereka berderai-derai SAMA seperti ayam yg biasa kalah sabung.
Tidak mengapa itu hak mereka.Dan anggapan mereka. Tetapi anggapan 1 VS 1 itu MUSTAHIL. Sesama mereka akan berhadapan atau bertembung jangkan dengan SAPP atau DAP! Mark my words.
Mereka akan sedar bila selesai PRU13 meraka rata-rata kehilangan wang pertaruhan. Cumanya akan terlambat kerana masa itu Pakatan Pembangkanpun akan TIDAK lagi melihat mereka.
They can dream. after all dream is free.
February 23, 2010 12:53 PM
Salam and Thanks Senja Liza,
Bagi saya, ada lah terlalu awal untuk kita meramal dan memutuskan apa kah yang akan terjadi pada PRU13 nanti.
Dalam dunia politik,selama dua tahun ini apa2 boleh jadi. Seada nya, kita lihat bukan Pakatan Rakyat sahaja yang berhadapan dengan masaalah, BN pun tengah bertempung dengan berbagai2 cabaran. Saperti kes rasuah, politik wang dan ketelusan kerajaan BN dalam usaha untuk menyelesaikan masaalah pengangguran dikalangan belia2 di Sabah dan mereka yang terlantar tanpa kerja di semenanjung.
Apa yang saya lihat kini, pemimpin BN (terutama sekali UMNO) maseh sibuk untuk memperkayakan diri masing2...Projek dan percent disana sini.
Contoh nya, kes Kalakau Untol ini pun pada asas nya, ada lah masaalah BN bukan PR.
However, sama ada beliau akan menjadi 'asset' atau pun 'liability' dimasa akan datang hanya masa jua yang akan menentukan nya.
Apa yang merunsingkan, bukan nya sekadar kekuatan pemimpin sesebuah parti itu, tetapi kehendak dan kemahuan rakyat Sabah ketika menggundi di PRU13 nanti.
Sama ada mereka sama saperti dulu atau sudah berubah saperti pesisiran pantai?
Yes!! they can take away my body and even my soul but they can never take away my dream for better future..
Post a Comment