SUARA BEBAS TUARAN

Wan Azizah Layak Diberi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 2010?

Datuk S. Nallakaruppan, yang juga bekas rakan karib Datuk Seri Anwar, secara sinis mencadangkan anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.
Beliau menyatakan kesediaan mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, untuk dipertimbangkan.
  • Beliau berkata, anugerah itu kelak akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood.
  • 'Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood,' katanya di sini kelmarin.
  • Datuk Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam satu akhbar Australia baru-baru ini yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.
  • Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya.
  • Malah, dakwa beliau lagi, Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.
  • 'Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati.
  • 'Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini,' katanya.
  • Datuk Nallakaruppan percaya kesanggupan Wan Azizah itu berpunca daripada keyakinannya untuk mencapai cita-citanya satu hari kelak.
  • 'Saya kasihan dengan mereka yang masih percaya dengan lakonan dan sandiwara Wan Azizah,' katanya.
  • Mengenai perbicaraan Datuk Seri Anwar, Datuk Nallakaruppan berkata, bekas sahabat karibnya itu sepatutnya menjadi seorang lelaki budiman dengan berhadapan segala pertuduhan yang dikemukakan.
  • 'Mangsa membuat laporan dan pendakwaan kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, dia bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya,' ujarnya.
Sumber: Cynew, Utusan Malaysia
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails