SUARA BEBAS TUARAN

Wartawan Kesal Mahkamah HadkanPas Masuk

Labels:

Sesetengah wartawan yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk membuat liputan perbicaraan kes liwat kedua pemimpin pembangkang dan mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikejutkan dengan tindakan pihak mahkamah yang enggan memberi pas masuk ke Mahkamah Jenayah 3 untuk mengikuti perbicaraan tersebut, kata media dalam talian Selangor TV, semalam.
  • Malah, satu laporan yang diterima oleh Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Encik V. Anbalagan, mengesahkan bahawa pihak pendaftar Mahkamah Tinggi dan polis membuat perbincangan kelmarin dan menetapkan pas hanya diberi kepada ahli NUJ sahaja.
  • Ketua bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur merangkap pegawai penjaga mahkamah, Encik R. Munusamy, memberi alasan bahawa pas masuk itu hanya diberi kepada media yang disenaraikan dalam NUJ.
  • Hanya satu pas diberikan kepada satu syarikat media.Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wartawan.
  • Para jurugambar pula hanya dibenarkan berada di tangga di luar pintu lobi Mahkamah Tinggi, menurut Selangor TV.
  • Dalam pada itu, kekuatan anggota polis turut ditambah dan kawalan ketat dilakukan di pintu masuk mahkamah berkenaan.
  • Sementara itu, versi dalam talian akhbar The Star melaporkan bahawa lebih 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membawa sepanduk dan kain rentang untuk memprotes terhadap perbicaraan tersebut di luar bangunan mahkamah.
  • Dua di antara mereka dilihat menggunakan topeng gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, kata laporan The Star itu semalam.
  • Semalam, Encik Mohd Saiful menjadi saksi pertama pihak pendakwaan yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi.
Sumber: Cy News
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails