SUARA BEBAS TUARAN

10 Pengerusi Penyelaras Bahagian BN Sabah Muka Baru

Seramai 10 orang daripada 25 Pengerusi Penyelaras Bahagian Barisan Nasional (BN) di negeri ini terdiri daripada muka baru.
Manakala Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pusat dilantik sebagai Setiausaha BN Negeri yang baru menggantikan Datuk Karim Bujang.
  • Manakala Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Tawau dilantik sebagai Setiausaha Kerja BN yang baru menggantikan Datuk Basalie Abdul Hamid, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Bendahari.
  • Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Pengerusi BN Negeri mengumumkan pelantikan tersebut selepas mesyuarat khas BN Sabah di Sri Gaya, di sini, kelmarin.
  • Muka-muka baru yang dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Bahagian BN ia lah Datuk Bolkiah Ismail (Kudat), Datuk Salleh Said Keruak (Kota Belud), Datuk Dr Yee Moh Cai (Kota Kinabalu), Datuk Dr. Ewon Ebin (Ranau), Datuk Rubin Balang (Tenom), James Ratib (Beluran), Jumat Idris (Sepanggar), Datuk Liew Vun Keong (Sandakan}, Datuk Nasrun Datu Mansur (Lahad Datu) dan Datuk Shamsuddin Yahya (Batu Sapi).
Manakala muka lama yang kekal termasuk Musa sendiri (Libaran), Datuk Dr. Maximus Ongkili (Kota Marudu), Datuk Wilfred Bumburing (Tuaran), Datuk Yahya Hussin (Putatan), Tan Sri Bernard Dompok (Penampang), Datuk Abdul Rahim Ismail (Papar), Datuk Anifah Aman (Kimanis), Datuk Lajim Ukin (Beaufort).
Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan), Datuk Seri Pairin Kitingan (Keningau), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Tawau ) dan Datuk Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).
  • Bercakap kepada sidang media, Musa berkata, perubahan dalam jawatan pengerusi penyelaras bahagian-bahagian BN itu, kerana berlaku pertukaran jawatan Ketua-Ketua Bahagian Umno selepas mes- yuarat pemilihan lalu dan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada BN.
  • Dalam pada itu, beliau juga meminta semua pengerusi- pengerusi penyelaras bahagian– bahagian BN yang dilantik supaya mengadakan mesyuarat dan pernjumpaan dengan parti- parti komponen BN di bahagian masing-masing
  • “Mereka perlu menjalinkan kerjasama yang baik supaya BN di bahagian masing-masing sentiasa bersatupadu, bekerja- sama dan mantap,”katanya.
  • Selain itu, katanya, beliau juga menekankan supaya pemimpin BN juga perlu sentiasa turut ke bawah untuk berjumpa dengan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat seperti yang ditekankan oleh pucuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN pusat..
  • Mengenai kriteria yang diambil kira untuk pelantikan sebagai Pengerusi Penyelaras BN di bahagian-bahagian, Musa berkata, keutamaan diberikan kepada parti-parti komponen BN yang menguasai dan menjadi Ahli Parlimen atau Adun di kawasan berkenaan..
  • Ditanya mengenai antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, Musa berkata banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya mengenai isu tanah dan jawatan dalam Ahli Majlis Daerah di kalangan parti-parti komponen BN.
  • “Kalau boleh kita mahu semua parti-parti BN diwakili dalam Majlis Daerah, tetapi ada juga yang tidak diwakili kerana kita memberi keutamaan kepada parti-parti yang mewakili di kawasan tersebut,”
Sementara itu, Abdul Rahman yang juga bekas Setiausaha Pemuda BN Pusat mengucapkan terima kasih kepada Musa kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Setiausaha BN yang baru.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails