SUARA BEBAS TUARAN

12 Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura Di Dakwah

SERAMAI 12 anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), termasuk timbalan presiden dan setiausaha agungnya, didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan merusuh di depan bangunan parti politik itu di Changi Road September lalu.
Mereka pergi ke mahkamah dalam dua kumpulan, selang dua setengah jam antara satu sama lain.
  • Kumpulan pertama seramai tujuh orang terdiri daripada Timbalan Presiden, Ali Asjadi, 53 tahun; Naib Presiden 1, Ismail Mohamed Yaacob, 44 tahun; Setiausaha Agung, Malik Ismail, 40 tahun; dan empat anggota biasa, iaitu Nazrudy Nasrul, 27 tahun; Azhar Ali, 44 tahun; Mazlan Soep, 33 tahun, dan Abdul Hamid Ahmad, 59 tahun.
  • Mereka didakwa menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menyebabkan kecederaan ke atas lima lelaki daripada kumpulan pecahan parti itu.
  • Abdul Hamid, penjaga Bangunan PKMS, yang kini bebas dengan ikat jamin $15,000, didakwa bersenjatakan pahat semasa kejadian sekitar 12.18 tengah hari itu.
  • Kumpulan kedua terdiri daripada lima anggota biasa - Hasan Nordin, 65 tahun; Mohamad Yusof Jaafar, 43 tahun; Mohamed Salleh Mohamed Said, 68 tahun; Ramli Mohamad dan kembarnya, Ramlan, 49 tahun.
  • Mereka didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ali, Azhar, Mazlan dan Abdul Hamid semasa menyertai perhimpunan haram itu.
  • Mohamed Salleh, yang turut ditawar ikat jamin $15,000, didakwa bersenjatakan tukul kayu semasa kejadian.
  • Peguam mapan, Encik Subhas Anandan, mewakili tertuduh dalam kumpulan pertama, manakala Encik Tan Cheng Kiong mewakili kumpulan kedua.
  • Mahkamah semalam menetapkan sidang praperbicaraan pada 12 dan 19 April.
  • Jika sabit kesalahan, Hamid dan Salleh boleh dipenjara sehingga 10 tahun, manakala yang lain sehingga tujuh tahun dan dirotan.
Sumber:CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails