Perbalahan antara suami isteri yang kemudian membawa haluan masing-masing tanpa khabar berita sejak lima bulan lalu meninggalkan sembilan adik-beradik berusia dua hingga 13 tahun kini di bawah jagaan datuk dan moyang mereka.Adik-beradik itu tinggal di rumah keluarga yang diwarisi daripada datuk mereka, Encik Kasim Mat Diah, 55 tahun, dan menumpang kasih sayang beliau serta moyang mereka, Cik Esah Kasim, 74 tahun.
Sumber: CyNews, BHM.
- Encik Kasim berusaha menyara persekolahan dan keperluan harian anak-anak itu. Mereka juga mendapat simpati saudara-mara terdekat.
- Sebelum menghilangkan diri, ibu bapa adik-beradik itu, Encik Mahadi dan Cik Kasmaliza, 29 tahun, dikatakan bergaduh besar sehingga menyebabkan Cik Kasmaliza mengalami kecederaan. Kejadian itu menyebabkan Encik Kasim terpaksa campur tangan dengan menegur perbuatan menantunya itu.
- Namun, teguran itu tidak diterima menantunya yang kemudian meninggalkan keluarganya.
- 'Sebulan selepas itu, anak saya (Cik Kasmaliza) pula meninggalkan semua anaknya tanpa sebarang khabar berita,' kata Encik Kasim ketika ditemui di Kampung Tengah di sini, kelmarin.
- Encik Kasim, yang bekerja sebagai pemandu jentolak, berkata beliau terpaksa berusaha lebih gigih untuk menyara semua cucunya itu selain dua anaknya yang masih belajar di maktab.
- 'Pendapatan saya sebagai pemandu jentolak sekadar mampu menampung kehidupan harian kami. Sebelum ini, cucu-cucu saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan, tetapi selepas ibu bapa mereka melarikan diri, bantuan itu turut terhenti.
- 'Bantuan itu disalurkan atas nama Mahadi. Ketiadaan dia menyebabkan semua cucu saya tidak mendapat bantuan. Saya sudah memohon kepada JKM untuk meminda penama itu, tetapi sehingga sekarang permohonan itu belum diluluskan,' kata Encik Kasim.
- Cik Esah juga berasa sedih melihat nasib yang menimpa adik-beradik itu. 'Sayu hati saya apabila cicit-cicit menangis mengenangkan ibu bapa mereka yang hilang entah ke mana.' kata beliau.



Post a Comment