Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.
Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.
"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam semalam.
Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.
Sumber: BERNAMA

March 7, 2010 4:10 PM
salam abg solymone
sekali lagi sy tertarik dgn isu ini. izin kan sy melontar pandangan sebagai orang masih kehausan ilmu..tiada parti politik yg tidak merasai masalah, apatah lagi kemelut keluar parti yg sedang di hadapi oleh PKR. kerajaan BN sendiri mengalami situasi semacam ini. perkara ini memang tidak dapat di elak kan. bg sy sebgai belia, berpandangan bahwa semua ini bergantung pada individu itu sendiri. bukan pada parti. itu hanya melibatkan kepentingan peribadi mereka dan sebagai nya. dalam dunia politik perkara semacam ini adalah biasa, semua perkara tidak boleh di jangka dgn tepat oleh penganalisa politik sendiri. rentak politik ibarat ombak yang sekejap menghempas dan sekejap membadai. dua perkara ini saling bertukar.
salam hormat dari datu pitung.
March 7, 2010 5:47 PM
Salam Datu pitung,
Sekali lagi terima kasih kerana melawat dan memberi komen yang berpatutan.
Saya setuju bahawa tidak ada parti atau pun organisasi yang tak bermasaalah. Tepat sekali kalau dikatakan, bukan PKR sahaja yang mengelami kemelut keluar parti ini. UBN dan komponen BN yang lain pun berhadapan juga dengan fenomena ini.
Pada suatu ketika sebelum PRU, Sabah pun pernah juga melalui hal-hal saperti ini. So, bagi saya, perkara ini bukan lah terlalu unik, tetapi normal berlaku..
Mungkin penyokong BN merasakan bahawa kelemahan PKR ini akan memberi laluan mudah kepada mereka untuk memenangi PRU13 nanti.
Namun bagi saya, keputusan PRU13 belum boleh di tentukan sekadar mengambil kira perkara yang berlaku pada PKR kini.
Restu dan 'silent protest' penggundi-penggundi atas pagar dan yang baru mendaftar (golongan muda saperti Datu) perlu juga untuk diambil perhatikan.
Seada nya, masaalah kritikal belia-belia Sabah yang menganggur disini dan di Semenanjung harus diselesaikan dengan serius nya.
Disamping itu, pengagihan peluang-peluang business perlu juga di selaraskan dengan bijak nya.
kalau tidak, mungkin kita akan melihat beberapa kejutan belaku pada keputusan PRU13 nanti.
Apa yang saya nampak, faktor kejutan ini bukan terletak pada kekuatan parti pembangkang, tetapi sejauh mana kah kelemahan BN dalam usaha untuk menangani masaalah tegar rakyat Malaysia. Terutama sekali rakyat di Malaysia Timor ini.
Semuga sukses
Post a Comment