SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Sedia Serah Jawatan ketua Pembangkang Kepada Kit Siang

Labels:

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin membayangkan kesediaannya melepaskan, sekiranya perlu, jawatan ketua pembangkang kepada penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, kerana pengalaman luas beliau.
'Saya lebih pengalaman sebagai menteri, tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,' katanya ketika menyampaikan ucapan perdana di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Selangor di sini.
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diketuai Datuk Seri Anwar, kini mempunyai 27 kerusi parlimen, berbanding DAP 28 kerusi, selepas empat ahli parlimen parti itu keluar parti dan menjadi wakil bebas baru-baru ini.
  • Parti Islam SeMalaysia (PAS), parti komponen ketiga dalam pakatan pembangkang itu, mempunyai 23 wakil dalam parlimen.
  • Datuk Seri Anwar dalam satu laporan Berita Harian Malaysia juga ditukil sebagai berkata usaha Umno mahu mengambil kesempatan daripada keadaan itu tidak akan berjaya.
  • 'Umno pening, macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur, tak mimpi pun, macam mana hendak gaduhkan kita,' katanya, disambut gelak peserta konvensyen itu.
  • Lim, ahli parlimen Ipoh Timur, ketika berucap dalam konvensyen yang dihadiri kira-kira 500 peserta daripada tiga parti itu, menyatakan pendirian sama.
  • 'DAP komited pada satu matlamat, menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehingga beliau menjadi perdana menteri,' katanya.
  • PKR, DAP dan PAS Selangor kelmarin menganjurkan konvensyen pertama mereka di Dewan Jubli Perak, bertemakan Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat.
  • Berdasarkan ucapan beberapa pemimpin PR, konvensyen itu dilihat cuba menenteramkan penyokong PR supaya tidak panik dengan tindakan seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar parti.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails