SUARA BEBAS TUARAN

BN Yakin Rampas Hulu Selangor


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan tidak lama lagi.
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan perubahan senario sokongan rakyat yang dilihat sudah kembali menyokong parti itu. "BN memang ada peluang untuk menang pada kali ini.
  • "Kita percaya senarionya sudah berubah, tak seperti pada tahun 2008," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam ini.
  • Bagaimanapun Najib yang juga pengerusi BN menegaskan jentera parti perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan jika mahu merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan.
  • "Kita mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan," katanya.
  • Berhubung hasrat MIC untuk meletakkan calon mereka bertanding di kerusi berkenaan, Najib berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
  • "Tentang itu (hasrat MIC) saya akan bincang dengan presiden MIC dahulu," katanya.
  • Ditanya kemungkinan Umno juga berminat untuk menurunkan calonnya kerana wujudnya permintaan diperingkat akar umbi agar BN meletakkan calon Melayu, Najib berkata: "Sabarlah dulu... bersabarlah, kita kena bincang dulu."
  • Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Zainal Abidin menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Sumber: mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails