SUARA BEBAS TUARAN

Cadangan Kuatkuasa Undang-Undang Seragam Bangunan ?


Timbalan Menterinya Datuk Lajim Haji Ukin berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang menguatkuasakan ‘Undang-Undang Seragam Bangunan’ bagi projek baru yang bakal dilaksana di seluruh negara.
Cadangan itu dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.
  • Menurutlajim, langkah itu penting bagi mewajibkan pihak pemaju menyediakan kemudahan jalur lebar dalam setiap bangunan yang dibina, sepertimana bekalan air dan elektrik pada masa ini.
  • Selanjut nya, menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort penguatkuasaan Undang-Undang Seragam Bangunan juga merupakan antara usaha kerajaan memastikan sasaran 50-peratus pencapaian jalur lebar dalam kalangan rakyat menjelang hujung tahun ini, tercapai.
  • Katanya, penduduk negeri ini khususnya di luar bandar masih jauh ketinggalan daripada sasaran berkenaan kerana kemudahan jalur lebar sukar diperoleh di kawasan terbabit.
  • Menurut beliau, masyarakat luar bandar wajar diberi peluang melayari laman sosial ‘Facebook’ yang begitu popular masa kini untuk berkomunikasi secara terus dengan Perdana Menteri.
  • Katanya, peluang menyampaikan pandangan secara terus kepada Perdana Menteri melalui ‘Facebook’ membolehkan rakyat berasa dihargai.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails