SUARA BEBAS TUARAN

Dewan Rakyat kecoh Fasal Kenyataan 'Satu Israel'

Dewan Rakyat kecoh semalam apabila ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diminta menjelaskan kenyataannya dalam dewan minggu lalu yang mengaitkan kerajaan negara itu dengan sebuah firma penasihat Israel, lapor beberapa media tempatan.
Ini selepas Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, melanggar prosedur parlimen dengan mengancam Datuk Seri Anwar bahawa beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa bagi Hak dan Keistimewaan Parlimen, kata laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
  • Datuk Abdul Rahman bangun selepas waktu soalan sambil menyebut perkara 37 (1) (A), yang dibacakan sekali dengan perkara 36 (12) peraturan mesyuarat, dan meminta kesempatan untuk menyatakan ancaman kepada Datuk Seri Anwar supaya menjelaskan perihal kenyataan 'Satu Israel' yang pernah diluahkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
  • Datuk Seri Anwar menyatakan demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong pada 17 Mac lalu.
  • Laman berita Malaysiakini pula memetik Datuk Abdul Rahman sebagai berkata bahawa AP Permatang Pauh itu jelas menggunakan kenyataan yang memalukan dewan semasa membuat kenyataan tersebut.
  • Kekecohan kemudian berselang-seli antara para AP BN dengan pembangkang hingga suasana sukar dikawal speaker dewan dan perdebatan dewan tertangguh kira-kira sejam.
  • Akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, memberitahu Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, bahawa kerajaan memberi Datuk Seri Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya itu, dan jika Datuk Seri Anwar gagal, kerajaan akan mengusulkan agar ketua pembangkang itu diheret ke jawatankuasa khas parlimen itu.
  • Sementara itu, The Malaysian Insider memetik Datuk Seri Anwar semalam sebagai berkata beliau tetap dengan pendirian bahawa Apco Worldwide pernah berkhidmat dengan pentadbiran Encik Ehud Barak pada 1999 dan akan memberi penjelasannya di dewan dalam masa terdekat.
  • 'Saya akan memberikan penjelasan saya dan penjelasan saya akan didasarkan atas jawapan Perdana Menteri pada 18 Mac lalu,' ujarnya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, sambil merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak kepada dewan itu bahawa 'Apco Worldwide Sdn Bhd dilantik bagi menawarkan khidmat perhubungan penuh'.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails