

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zini menyatakan bahawa dominasi penjawat wanita dalam sektor awam kian membimbangkan kerana ia akan memberi impak jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Ahmad Shah mendakwa semakin ramai penjawat wanita kini telah diberi tanggungjawab untuk memikul tugas yang memerlukan mereka membuat sebarang keputusan penting.
Ahmad Shah mendakwa semakin ramai penjawat wanita kini telah diberi tanggungjawab untuk memikul tugas yang memerlukan mereka membuat sebarang keputusan penting.
- Katanya, hampir tiga suku daripada jawatan baru dalam kategori Pegawai Tadbir dan Diplomatic (PTD) telah diisi oleh kaum wanita, sekaligus bertentangan dengan dasar kerajaan yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan 'pembuat keputusan' untuk golongan terbabit.
- Kenyataan Ahmad Shah itu turut mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata pencapaian dan penghasilan mutu kerja adalah perkara yang paling diutamakan oleh kerajaan, bukan persoalan mengenai jantina.
- Bagaimana pun, menurut Najib, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kemasukan untuk jawatan PTD pada masa akan datang didominasi oleh wanita jika peningkatan jumlah penuntut wanita di universiti berterusan.
- Dalam satu kenyataan, Datuk Lamien Sawiyo selaku Setiausaha SPR, menerangkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak mengamalkan diskriminasi gender dalam pengisian setiap jawatan dalam sektor perkhidmatan awam.
- Menurutnya SPA tidak pernah membezakan gender pemohon kerana kelayakan dan kriteria pengambilan berpandukan kepada jenis jawatan yang dipohon.
- Katanya pengambilan penjawat awam tertakluk kepada kesesuaian dan kelayakan berbeza mengikut kehendak dan keperluan kementerian dan agensi kerajaan.



Post a Comment