Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia menjelaskan kepada Perdana Menteri berhubung keperluan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memilih anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, jika Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk mendengar penjelasan itu, beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri.
Sumber: mStar, BERNAMA
- "Pilihan raya ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan perkhidmatan ahli majlis yang dipilih. Apabila dipilih mereka kena bekerja keras untuk rakyat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
- Semalam Najib dilaporkan berkata, pilihan raya PBT itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan lebih mementingkan proses politiking di kalangan anggota PBT menerusi kempen dan pemilihan.
- Najib mengulas mengenai langkah kerajaan negeri pakatan pembangkang, Pulau Pinang dan Selangor yang mahu mengadakan semula proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.
- Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan pandangan Najib kerana kini terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT.
- Beliau juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mempertimbangkan permohonan mengadakan pilihan raya itu.
- "Kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat. Oleh itu kita mahu SPR menimbangkan permohonan itu dengan wajar," katanya.
- Sebelum ini, SPR dilaporkan akan merujuk kepada penasihat undang-undang sama ada kerajaan Pulau Pinang dan Selangor boleh melaksanakan pilihan raya bagi memilih anggota majlis PBT.
- Sementara itu di Shah Alam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, proses pilihan raya PBT itu perlu diadakan kerana ia memberi kuasa kepada rakyat supaya dapat bersama-sama memilih pemimpin yang mengendalikan kerajaan tempatan.
- "Kita masih meminta supaya SPR mempertimbangkan perkara ini kerana suruhanjaya itu ditugaskan untuk menentukan ia dilakukan dan diperkembangkan kepada seluruh lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
- Beliau berkata, walaupun cadangan itu ditolak, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya PBT atau sebaliknya.
- "Dari segi perundangan ada setengah peguam kata boleh adakan setengah kata tidak boleh, jadi kita masih berbincang terutama kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.
- Beliau berkata, pilihan raya PBT itu juga mampu memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) merebut beberapa jawatan di peringkat kerajaan tempatan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.



Post a Comment