SUARA BEBAS TUARAN

Hospital Queen Elizabeth Di Kota Kinabalu Sama Seperti Kem Pelarian Vietnam?


Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menyamakan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu seperti kem pelarian Vietnam serta mendakwa Menteri Kesihatan tidak ambil pusing terhadap laporan yang dibuat berkali-kali mengenai keadaan buruk hospital tersebut.
  • Kit Siang mendesak agar Datuk Seri Liow Tiong Lai dipecat daripada jawatannya kerana kegagalan beliau mengambil tindakan.
  • Menurut Ahli Parlimen itu seorang doktor yang bertugas di hospital tersebut telah menulis sepucuk surat yang menceritakan masalah kekurangan doktor pakar menyebabkan pesakit terpaksa dipindahkan dari satu hospital ke hospital.
  • "Doktor tersebut telah menghantar surat terbuka kepada Liow tentang krisis yang dihadapi hospital di Sabah dan mendedahkan pengalaman pesakit yang bernama Wong yang dipindahkan dari satu hospital ke hospital untuk mendapat rawatan disebabkan kekurangan kelengkapan doktor dan kelengkapan.
  • "Krisis ini amat memalukan kerana di masa Najib mencanangkan 1Malaysia dengan retorik 'Rakyat Didahulukan", rakyat Sabah tidak mendapat kemudahan kesihatan yang sepatutnya.
  • "Najib sepatutnya mengarahkan Liow supaya meletak jawatan dan melantik Menteri Kesihatan yang baru", tegas Kit Siang dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
  • Sehubungan itu Ahli Parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu juga mendedahkan masalah hospital di Tuaran yang tidak mempunyai katil manakala hospital Queen Elizebeth pula kekurangan katil.
  • "Hospital juga kekurangan peralatan dan kompleks hospital masih belum siap setelah hampir 3 tahun tertangguh.
  • "Ambulan pula bukan digunakan untuk kecemasan tetapi untuk memindahkan pesakit dari satu hospital ke satu hospital,
  • "Jika menteri berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah ini, seharusnya beliau letak jawatan," kata King Cheu.
  • Kit Siang berkata beliau akan menghantar kenyataan doktor Hospital Queen Elizebeth tersebut kepada Perdana Menteri apabila Kabinet bermesyuarat Jumaat ini.
Sumber:SK
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails