SUARA BEBAS TUARAN

Jabatan Perhutanan Sabah Digesa Beri penjelasan kepada rakyat

Jabatan Perhutanan Sabah digesa agar member penjelasan kepada golongan yang tinggal di kawasan hutan simpan negeri itu sebelum bertindak menghalau mereka keluar daripada kawasan yang didiami.
Tindakan ini telah menarik perhatian Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup merangkap MP kawasan Sook.
  • Menurut beliau, tindakan ini tidak betul kerana kebanyakan yang tinggal di kawasan itu adalah orang tempatan yang memerlukan pembelaan dan tindakan itu boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
  • kata beliau “Ada orang kita yang menerima notis itu mendakwa mereka dihalau (daripada kawasan hutan yang didiami) dan ada pada kalangan mereka tidak memahami kenapa mereka diberi notis.
  • “Jabatan Perhutanan sepatutnya memanggil mereka (rakyat) dan berikan kefahaman betapa pentingnya menjaga hutan simpan dan kerjasama rakyat amat diperlukan. Saya fikir memberi notis halau semata-mata tidak akan membantu kerajaan menjaga kawasan hutan simpan.
  • “Tunjukkan pelan kepada rakyat dan setakat mana mereka boleh usahakan agar mereka benar-benar faham kedudukan mereka,” katanya.
  • Dalam masa yang sama, Kurup turut menggesa masyarakat agar bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga dan memelihara kawasan hutan simpan demi kepentingan bersama.
  • “Hutan sangat berfaedah kepada kehidupan sejagat termasuk punca bekalan air. Kamu juga masuk hutan untuk memburu, mencari makanan di hutan. Bayangkan jika kita tiada hutan, mahu cari makanan keluarga pun susah dan sumber air pun terganggu,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails