SUARA BEBAS TUARAN

Keadaan Bekalan Air Di Sabah Bertambah Kritikal

Berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malik Tusin, keadaan bekalan air dijangka akan bertambah kritikal dalam masa terdekat . yang Cuaca panas luar biasa sekarang berpunca daripada fenomena El Nino yang juga mencetuskan kebakaran belukar dan hutan akan berterusan sehingga April, kata beliau.
  • Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, gesaan catuan air adalah strategi dan pendekatan paling sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
  • Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib memberi jaminan hari ini bahawa situasi bekalan air di sini masih boleh diuruskan dan pihaknya berupaya membekalkan air sehingga April atau Mei ini.
  • Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata keadaan adalah tidak seteruk seperti kemarau pada 1997, tetapi cuaca panas sekarang adalah agak tidak normal.
  • Beliau berkata setakat ini tidak ada catuan air akibat kemarau dilakukan kecuali di kawasan yang sememangnya menghadapi masalah kekurangan bekalan air.
  • “Setakat ini pada amnya kita masih dalam keadaan yang baik walaupun ada kawasan terpencil menghadapi masalah. Kita tidak mempunyai laporan penuh (di semua kawasan) dan sedang mengumpulnya.
  • “Kita belum menerima laporan keadaan bekalan air yang teruk, kecuali di Pulau Banggi (di perairan Kudat) kerana keadaan sungai di situ memang kurang baik dan akan kering selepas beberapa hari kemarau,” katanya.
  • Beliau berkata penduduk Pulau Banggi sekarang bergantung kepada sumber air perigi dan jika keadaan semakin buruk pihaknya akan menghantar bekalan air bersih ke pulau itu.
  • Mengenai laporan akhbar tempatan berhubung rayuan kira-kira 500 penduduk di daerah Nabawan yang menghadapi kekurangan bekalan air selepas punca utama air mereka iaitu Sungai Penawan sedang kekeringan, Ag Mohd Tahir berkata masalah di daerah itu berpunca daripada isu “bekalan dan permintaan”.
  • “Sebelum ini, memang kami sentiasa hantar air ke situ sebab ada kekurangan bekalan, permintaan lebih banyak daripada bekalan, malah ada cadangan baru untuk besarkan loji bekalan air Nabawan,” jelasnya.
  • Dalam laporan media hari ini, penduduk berkata mereka kini bergantung kepada sungai berhampiran untuk mandi dan tujuan memasak, tetapi pada masa yang sama turut menerima bekalan dari pejabat bekalan air daerah Nabawan yang menghantarnya dengan lori.
  • Ditanya mengenai langkah persediaan yang diambil jabatan, Ag Mohd Tahir berkata, “Kami telah memberi taklimat kepada jawatankuasa bencana negeri dan rancangan sudah sediakan, kita sudah bersedia dengan pelan kecemasan jika kemarau berterusan.
  • “Kami mematuhi arahan catuan air dan kita akan lihat keadaan, kalau ada keperluan akan lakukan,” katanya.Beliau juga berkata tidak ada aduan kekurangan bekalan air diterima setakat ini daripada komuniti perniagaan di sini.
  • Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Sabah (FSM) Datuk Wong Khen Thau ketika dihubungi berkata jika kemarau berlanjutan dan catuan air dilaksana, keadaan itu akan menjejaskan industri berasaskan air atau mereka yang menggunakan banyak air seperti industri makanan dan minuman.
  • “Pada masa ini keadaan belum sampai ke peringkat kritikal. Tetapi kita mengambil langkah pencegahan dan kebanyakan perniagaan mengambil langkah alternatif, dan bagi industri berkaitan, kebanyakannya mempunyai bekalan air sendiri,” katanya.
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata pada masa ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau aduan daripada akar umbi berkenaan masalah itu.
  • Bagaimanapun penanam padi akan terjejas jika sungai-sungai menghadapi kekeringan air, katanya.
  • “Belum ada petani yang mengadu. Berbanding kemarau, pada masa-masa lepas kesan akibat banjir adalah lagi teruk ke atas sektor pertanian.
  • “Tetapi jika kemarau berterusan, ianya mungkin akan menjejaskan pendapatan mereka kerana pengeluaran hasil akan berkurangan terutamanya penanam padi. Tetapi pada masa ini kita tidak boleh membuat spekulasi,” katanya menambah kerajaan negeri akan mengambil langkah perlu jika keadaan itu berlaku.
  • Pada Isnin lepas, Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri dilaporkan berkata bekalan air Sabah belum mencapai tahap kritikal dan tidak memerlukan operasi pembenihan awan yang akan dilakukan jika keadaan memerlukan.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails