

Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara dilarang mengadakan pilihan raya wakil pelajar kerana pendekatan baru yang dipraktikkan beberapa sekolah itu tidak memadai berikutan faktor usia mereka yang terlalu mentah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata arahan itu dikeluarkan Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, minggu lalu melalui surat pekeliling yang sudah diedarkan ke semua sekolah.
Sumber:CyNews, BMM.
- Katanya, keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati usia murid terutama di sekolah rendah masih terlalu muda untuk berdepan sistem pemilihan wakil pelajar yang tidak begitu sesuai dilaksanakan.
- 'Tak payahlah, kalau pada peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi) bolehlah, mereka sudah matang. Di sekolah, sebaliknya keadaan masih terlalu awal.
- 'Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak,' katanya kelmarin.
- Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan beberapa sekolah menjadikan pemilihan wakil sekolah diadakan secara pengundian sama seperti pilihan raya dan menjadikannya sebagai amalan baru dalam sistem persekolahan.
- Antara sekolah yang sudah melaksanakan pilihan raya murid ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 pada 11 Januari lalu apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.
- Pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid darjah enam, meriah dengan semua calon serta penyokong berkempen di saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula pada 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.
- Mengulas, Dr Wee yang baru saja menerima surat pekeliling baru itu beberapa hari lalu cukup yakin semua pengetua dan guru besar akan mematuhi arahan kementerian.



Post a Comment