
Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah;
, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.
Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.
“Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini,” katanya.
Sumber: NST
Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah;
- penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan.
- Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia
- Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan bagi memantau prosedur permohonan baru pekerja asing.
- Dasar Job Clearing System pula menjadi satu syarat bagi memastikan semua pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu, dan majikan yang memerlukan pekerja asing pula dinasihatkan supaya memohon lebih awal bagi mengelak sebarang kelewatan mendapatkan pekerja asing.
- Pengenalan buku panduan, dasar, prosedur dan syarat-syarat penggajian pekerja asing di negara ini oleh Kementerian Sumber Manusia yang telah diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing bertujuan memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur serta berkesan.
, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.
“Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini,” katanya.



April 7, 2010 1:33 PM
Kebergantungan negara terhadap pekerja asing sememangnya sukar disangkal. Suka atau tidak dinafikan yang kita sekarang amat memerlukan mereka dalam bidang pembinaan, pertanian dan termasuk jugalah seperti pembantu rumah dan pengasuh anak. Berbanding dengan orang-orang tempatan yang terlalu memilih pekerjaan (walaupun tidak setimpal dengan kelayakan) lebih rela bekerja di supermarket, kilang2 dan pelbagai sektor lagi. Manakala sektor pertanian dan sebagai pembantu rumah pula...sekarang ni dimonopoli oleh rakyat asing. Memandangkan negara kitalah satu-satunya yang agak stabil sikit selain singapore dari segi ekonomi semasa krisis ekonomi dunia baru-baru ni....maka kebanjiran pekerja asing dari negara-negara serantau Asia sukar dikawal. Walaupun segala lubang sudah ditutup nampaknya mereka masih lagi dapat melalui lubang-lubang tikus untuk masuk ke negara ni. Persoalan disini, orang-orang tempatan yang selalu tak nak kerja dengan sektor pertanian atau jadi pembantu rumah juga...menjadikan mereka ni semakin berleluasa di negara kita. Cuma...orang-orang kita ni, kerja kurang tetapi gaji nak lebih.....dan pastu saya experience sendiri kualiti pekerja pembantu rumah ni.....orang tempatan malas, kuat makan dan selalu lewat bangun. Masa kita nak p kerja baru bangun dan lepas tu...makanan anak-anak habis dipulun. tetapi orang-orang asing, mereka hormat kat kita, awal bangun, rajin dan beradab.......susah kan?
Post a Comment