Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan Sabtu lalu kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat, mengaku meninggalkan anaknya berusia empat tahun di sebuah gerai nasi lemak dua minggu lalu.Wanita itu berkata dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun dan juga seorang penagih dadah.
Sumber: CyNews,BHM.
- Dia mendakwa bekas suaminya mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali pada bayaran RM2,000 ($854).
- 'Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu saya membawa anak saya lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.
- 'Bagaimanapun, apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ. Saya hanya mengetahui mengenai anak saya selepas terbaca dan ternampak gambarnya dalam akhbar,' kata wanita itu ketika ditemui selepas ditahan di Balai Polis Kuala Kedah.
- Dia adalah antara 50 penagih yang ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Sabtu lalu.
- Pada 17 Mac lalu, akhbar setempat melaporkan kisah seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan ibunya di kedai makan di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra.
- Kanak-kanak malang itu sedang nyenyak tidur ketika ditinggalkan ibunya dengan memberi alasan dia mahu ke Pekan Air Hitam kepada pemilik gerai itu, yang ketika itu baru mahu memulakan perniagaan.
- Bagaimanapun, selepas hampir dua jam, kelibat ibu kanak-kanak itu tidak kelihatan. Kanak-kanak itu kemudiannya ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.
- Sementara itu, ibu tunggal berkenaan, yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima bulan dan sekarang hamil tiga bulan, mengaku mula mengambil dadah jenis syabu dan ganja sejak berusia 13 tahun selepas diajar rakan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Jalan Putra Alor setar.
- Wanita itu, yang berkahwin pada usia 17 tahun dengan bekas suaminya, turut mendakwa diajar oleh bekas suaminya itu mengambil dadah jenis heroin melalui suntikan.



Post a Comment