SUARA BEBAS TUARAN

Majlis Sambutan 2 Tahun Pakatan, Di Serbu Polis

Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.
  • Anggota polis dan FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya tidak sampai lima minit selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap sebelumnya.
  • "Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..." tegas Azmin disambut tepukan orang ramai.
  • Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia seawal Khalid sedang berucap sebelum itu lagi, menyerbu ke pentas dan menghentikan Azmin dari berucap.
  • Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.
Sumber Harakah Daily
2 comments:

hmmmm... itu la pasal, kalau ndak sedar diri, begitulah jadinya. Tu yang kena balun polis tu... boleh pula posing depan kamera sambil senyum-senyum.. seriuskah hal ni, atau sememangnya mereka saja yang nak polis bertindak demikian.
Dalam banyak-banyak ceramah PKR, tiada satupun ceramah mereka yang bebas dari menghina PDRM.. sesekali tu, apa salahnya PDRM tunjukkan taring mereka.. tul tak???


Well said bro,
Thanks and your comment is always well come.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails