Mantan Presiden Filipina, Joseph Estrada, semalam menolak 'fatwa' pemimpin Islam setempat yang menyifatkannya sebagai musuh agama itu.Sebaliknya, beliau memberi amaran kepada kumpulan pemisah bahawa beliau akan melancarkan 'perang besar-besaran' ke atas golongan itu jika beliau memenangi Pilihan Raya Presiden kelak.
sUMBER: AFP, AP.
- Minggu lalu, Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa menggelar Encik Estrada sebagai musuh Islam. Fatwa itu mendapat sokongan pergerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
- Fatwa itu, yang dibaca dalam satu perhimpunan di bandar Marawi pada 9 Mac lalu, turut menggesa pengundi Filipina menolak percubaan Encik Estrada menjadi presiden dalam Pilihan Raya Presiden pada Mei ini.
- Fatwa itu menyatakan, kempen tentera ketika pemerintahan Encik Estrada pada 1998 menyebabkan kemusnahan meluas, mencemarkan rumah ibadat dan mengakibatkan jutaan penduduk Islam Filipina kehilangan tempat tinggal.
- Encik Estrada diguling pada 2001 atas tuduhan rasuah.
- 'Beliau sudah membuat pengumuman bahawa sebaik saja dipilih sebagai presiden, keutamaannya ialah memerangi MILF, yang kini mengadakan rundingan damai dengan pemerintah,' kata fatwa itu.
- Beberapa tinjauan terbaru di kalangan pengundi meletakkan populariti Encik Estrada di tempat ketiga selepas calon Presiden lain, Senator Benigno 'Noy-noy' Aquino III dari Parti Liberal dan Senator Manuel Villar dari Parti Nacionalista.
- Semalam, Encik Estrada berkata beliau yakin fatwa itu tidak akan disokong sekitar lima juta penduduk Islam di wilayah selatan Filipina.
- 'Saya rakan Islam dan saya menghormati Islam. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengambil sikap toleransi ke atas mana-mana pertubuhan, tanpa mengira agama, jika mereka melanggar undang-undang,' kata Encik Estrada.



March 22, 2010 5:00 PM
hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/
Post a Comment