SUARA BEBAS TUARAN

Muhyiddin Anggap Tindakan Chua Boleh Kuatkan MCA

Labels:
Keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ini kerana tumpuan Barisan Nasional (BN) kini ialah untuk memperkukuhkan parti berkenaan.
  • "Perdana Menteri pun dah selalu sebut, ini (memperkukuhkan parti) perlu diambil kira kerana masa tidak menyebelahi kita.
  • "Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini Khamis.
  • Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Chua, yang juga Timbalan Presiden MCA dan tujuh lagi anggota CC MCA, yang hari ini meletak jawatan dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.
  • Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.
  • Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berpendapat langkah yang paling baik dalam menyelesaikan krisis dalaman MCA ialah dengan mengadakan pemilihan baru.
  • Ekoran tindakan mengejut pemimpin-pemimpin kanan MCA meletak jawatan dalam parti bagi menuntut pemilihan baru diadakan, presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau akan mengumumkan tindakan beliau seterusnya apabila tiba masanya.
  • "Saya akan bertemu penyokong-penyokong dan pasukan saya tidak lama lagi dan akan mengumumkan keputusan apabila tiba masanya," kata Ong dalam blognya selepas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, naib presiden Datuk Kong Cho Ha dan enam anggota lagi Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang dipilih mengumumkan keputusan meletak jawatan pada Khamis.
  • Disebabkan 21 anggota CC iaitu dua pertiga daripada anggota yang dipilih meletak jawatan, perlembagaan parti menetapkan supaya satu pemilihan baru perlu diadakan dalam tempoh sebulan.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails