SUARA BEBAS TUARAN

Najib Garis Empat Elemen Bagi Malaysia Jadi Hab Pendidikan Serantau


Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan empat elemen bagi Malaysia muncul sebagai hab pendidikan serantau dengan;
  • i) komitmen mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit.
  • ii) membabitkan inklusi sosial di mana golongan miskin dan yang terpinggir diberi peluang untuk berjaya.
  • "Mereka tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi," katanya semasa berucap melancarkan Yayasan Jeffrey Cheah di Bandar Sunway di sini malam semalam.
  • iii) memantapkan lagi kaedah pendidikan negara dengan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa.
  • iv) memupuk kumpulan graduan cemerlang dalam pemikiran strategik dan kreativiti.
"Semua elemen ini adalah kritikal jika Malaysia ingin bersaing dengan negara terbaik di persada antarabangsa," kata Najib.
Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggeris adalah penting.
  • Beliau turut menegaskan bahawa sokongan sektor swasta adalah mustahak bagi Malaysia mencapai wawasan menjadi hab pendidikan bagi rantau ini
  • "Mengiktiraf sektor pendidikan sebagai kunci dan jentera pertumbuhan dan transformasi negara, maka kami sedang menimbang insentif tambahan bagi menyokong sektor itu bagi memastikan sistem pendidikan memenuhi keperluan semasa dan masa depan," katanya.
  • Najib menjelaskan Model Ekonomi Baru akan mementingkan usaha memupuk kreativiti dan inovasi dan dalam hubungan ini, adalah penting bagi universiti awam dan tempatan menumpukan kepada aplikasi penyelidikan dan inovasi serta membangunkan kemahiran berfikir.
  • Dalam ucapannya juga, Najib meminta semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memperkukuhkan falsafah gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
  • "1Malaysia merupakan satu cara kehidupan dan mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi oleh kerajaan dalam membentuk satu Malaysia kepada Semua Rakyat Malaysia - tempat yang menghargai dan menilai penerimaan dan menyambut kepelbagaian," jelasnya.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails