Bekas model, Cik Kartika Sari Dewi Shukarno (kiri) bersama anggota keluarganya, meninggalkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah pagi semalam selepas bertemu dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam sidang akhbarnya, Tengku Abdullah berkata nasib Cik Kartika yang kini menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak bergantung kepada budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan walaupun tiada sebarang rayuan dibuat oleh Cik Kartika.
Beliau berkata Sultan Pahang sebagai ketua agama Islam negeri mempunyai kuasa memberi pengampunan mengikut Seksyen 133 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002.
Sumber: CyNews, BHM.

March 4, 2010 11:30 AM
Sebelum hukuman di jatuhkan, semua pihak harus memperhalusi akibat nya, kepada Negara Jiran.
March 4, 2010 4:45 PM
Sdra SRK, sekali lagi terima kaseh kerana melawat dan sudi memberi komen yang ringkas.
Semuga sukses
Post a Comment