SUARA BEBAS TUARAN

Nikah Hanya Menerusi Sidang Video?

Pasangan pengantin baru, Encik Mohd Zahid Abu Bakar, 29 tahun, yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan pasangannya Cik Yasidah Abu Bakar, 27, dilambor, Perak mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Encik Mohd Nikman, 33 tahun, untuk akad nikah.
  • 'Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Encik Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah, beliau bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.
  • 'Selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.
  • 'Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,' kata Cik Yasidah.
  • Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar makruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
  • 'Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (Jumaat lalu) melengkapkan perjanjian itu.
  • 'Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,' katanya.
  • Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Encik Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.
  • 'Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,' katanya.
Sumber: CyNews,Metro Ahad.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails