SUARA BEBAS TUARAN

Pakatan Rakyat Pelawa Umno Duduk Semeja Atasi Masalah Judi

Labels:

Walaupun ia sebenarnya dilesenkan parti pemerintah, Pakatan Rakyat hari ini mempelawa Umno untuk duduk semeja bagi membincangkan masalah judi yang semakin berlebih-lebihan di negara ini.
Malah, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Rakyat sedia bersama-sama dengan Umno menghasilkan memorandum bersama, khususnya dengan Pemuda Umno bagi menangani masalah berkenaan.
  • Bercakap pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, beliau turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.
  • Secara tegas, beliau menyifatkan perjudian tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.
  • Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang.
  • Ironinya, isu judi bukan dibawa Ahli Parlimen Umno sebaliknya dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dari DAP yang mencelah perbahasan Saifuddin sebelum mengajukan soalan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Sehubungan itu, Saifuddin mempelawa Umno supaya berlapang dada dan duduk semeja serta membuat memorandum bagi membuat keputusan tegas mengenai aktiviti perjudian di negara ini.
Sumber: TV Selangor
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails