SUARA BEBAS TUARAN

Rakaman VCD Anwar Di Penjara Satu Fitnah?

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.
“Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.
“Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.
“Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah,” katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
Anwar diminta mengulas mengenai pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang kononnya menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.
Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.
  • Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.
  • Video berjudul ‘Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis’ itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.
  • Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.
  • Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.
  • VCD tersebut turut diletakkan dalam peti surat rumah seorang peniaga Mohd Arshad Ishak di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Ekoran pengedaran VCD itu, Mohd Arshad yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin.
Sumber: Malaysia Kini
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails