SUARA BEBAS TUARAN

Rasuah Berpunca Akibat Kelemahan Dalam Diri Individu?

Menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam.
  • Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.
  • Apakah benar wujudnya peningkatan kes-kes rasuah di kalangan penjawat awam? Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009, kes-kes rasuah yang melibatkan golongan itu didapati semakin menurun.
  • Beliau berkata ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah semakin meningkat.
  • Pada 2007, katanya, daripada sejumlah 591 orang yang ditangkap atas kesalahan rasuah, seramai 303 atau 51 peratus daripada mereka adalah penjawat awam.
  • Bilangan itu menurun pada tahun 2008, iaitu hanya 282 orang atau 47 peratus berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang.
  • Penurunan jelas ketara dalam tahun 2009 apabila hanya 194 penjawat awam yang ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang.
  • Daripada segi perangkaan jumlah pertuduhan kes-kes rasuah terhadap penjawat awam juga menunjukkan trend penurunan yang ketara bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
  • Pada 2007, terdapat 133 pertuduhan ke atas penjawat awam, menurun kepada 104 pertuduhan dalam tahun 2008 dan menurun lagi kepada hanya 90 pertuduhan dalam tahun 2009.
  • Ini jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah itu semakin meningkat.
  • Faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan itu adalah berasaskan kepada program-program yang diperkenalkan kerajaan termasuk aktiviti kesedaran yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
  • Selain itu, pelaksanaan Modul Pencegahan Rasuah dalam kursus-kursus induksi dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai awam, dasar-dasar semasa kerajaan termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus Terbaik (JKTU).
  • Sehubungan itu, beliau berkata SPRM memberi amaran tegas kepada orang ramai agar menjauhi amalan menyogok kakitangan awam.
  • “Sekiranya tertangkap, hukuman berat pasti menanti anda termasuk dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails