SUARA BEBAS TUARAN

Tiada Isu Besar Dihadapi Kepimpinan BN Negeri Sabah ?


Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Rahman Dahlan hari Khamis berkata sebarang isu yang dihadapi oleh BN Sabah bukannya khusus kepada negeri ini sahaja tetapi merupakan isu biasa yang dihadapi oleh mana-mana parti komponen yang dianggotai banyak parti.
  • Dakwaan kononnya ada yang tidak kena dengan kepimpinan BN negeri adalah tidak benar dan tidak berasas dan mungkin dibuat oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin bahawa perubahan perlu dilakukan terhadap pucuk pimpinan BN negeri sekarang.
  • Rahman, yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata daripada kacamata rakyat, tiada isu besar yang dihadapi kepimpinan BN negeri sekarang.
  • "Pentadbiran negeri berjalan lancar. Fakta dan angka membuktikannya. Simpanan negeri, yang pernah sakit, kini amat sihat.
  • "Kementerian Kewangan menerima rating 3 bintang daripada RAM kerana kewangan negeri diuruskan dengan baik," katanya.
  • Beliau berkata tiada siapa boleh menafikan yang Sabah mengalami pembangunan pesat khususnya dalam lima tahun lepas.
  • "Pelawat yang datang ke sini selepas lama tidak datang ke negeri ini juga terkejut dengan pembangunan ekonominya yang pesat. Pelabur asing menyuarakan minat untuk melabur di Sabah yang menawarkan pelbagai peluang ekonomi dan kestabilan politik," katanya.
  • Beliau berkata pentadbiran sekarang yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman merupakan antara yang paling pemurah, menyediakan peruntukan jutaan ringgit setahun kepada sekolah persendirian Cina, gereja dan kuil dan juga paling mudah untuk didekati.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails