SUARA BEBAS TUARAN

Umno Tidak Lagi Dianggap Pelindung Melayu?


Kepercayaan orang Melayu pada Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha melindungi diri mereka sendiri, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • 'Maaf saya katakan, wujudnya begitu banyak NGO Melayu yang memberi tumpuan kepada masalah Melayu adalah kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka,' kata belilau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin, yang dipetik dalam satu laporan laman berita Malaysiakini.
  • Menurutnya, prestasi Umno pada pilihan raya 2008 terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.
  • 'Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada si polan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
  • 'Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi janganlah biadab,' kata Dr Mahathir.
  • Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadab seperti sekarang.
  • 'Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu. Nak aman, hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. Hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan-bukan daripada mana-mana pihak.
  • 'Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang, orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,' katanya lagi.
  • Menurut Dr Mahathir, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negaranya hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
  • Bagaimanpun, akibat kerajaan BN kini lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memutar-belitkan perkara itu, tegas beliau.
  • Justeru, orang Melayu memerlukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), seperti Perkasa, bagi memperjuangkan hak mereka, tambahnya.
  • Laporan laman berita mStar Online juga memetik Dr Mahathir sebagai berkata supaya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mengetepikan Perkasa kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.
  • 'Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.
  • 'Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira,' katanya.
  • 'Lebih 50 tahun, kita tidak melihat kewujudan NGO seperti itu sebab selama itu Umno menjuarai isu-isu Melayu,' ujar beliau, sambil mengaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah menghalang pembangunan Malaysia.
  • Dr Mahathir sekali lagi menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana menyebabkan Umno dan BN menjadi sangat lemah, di samping mendedahkan bahawa ada sesetengah pihak menasihatkanya supaya jangan hadir ke program Perkasa kerana reputasi dan nama baiknya mungkin rosak.
  • 'Perkasa bukan ekstremis atau kumpulan yang ganas, objektif mereka ialah mempertahankan dan melindungi hak orang Melayu,' katanya kepada lebih 10,000 orang hadirin pada perasmian NGO Melayu itu.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails