SUARA BEBAS TUARAN

Arang Batu Antara Yang Terbaik Untuk Penjanaan Kuasa Letrik Di Sabah?

Penasihat Sain kepada Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta masyarakat untuk memahami alasan di sebalik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji kuasa tenaga Arang Batu di Lahad Datu, pantai timur Sabah.
Salleh yang merupakan mantan Ketua Menteri, juga memberi ingatan supaya isu ini jangan di politikkan, kerana cadangan untuk membina loji di Lahad Datu ada lah diantara penyelesaian yang terbaik untuk menangani kekurangan bekalan letrik di negeri ini, khusus nya di pantai timur.
  • "Kerajaan, melalui Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB, bertekad untuk menyelesaikan masaalah kekurangan bekalan letrik di Negeri ini.
  • " SESB telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk usulan untuk penjanaan kuasa tenaga Arang Batu, demi untuk meningkatkan lagi kapasiti penjanaan elektrik dan saya berharap agar masyarakat dapat memahami situasi yang sebenarnya," katanya ketika ditemui oleh para wartawan selepas mendengar taklimat oleh Pengarah Urusan SESB, Baharin Din.
  • Ketika diminta untuk mengulas bantahan dari beberapa badan yang bukan kerajaan (NGO) terhadap cadangan ini, Salleh, yang dilantik oleh ke jawatan tahap Menteri pada bulan Januari lalu, mengatakan kerajaan akan mempertimbangkan semua pandangan, termasuk analisis mengenai impak ‘environments’ akibat penjanaan tersebut.
  • Semantara itu, Baharin Din telah menyatakan bahawa kekurangan bekalan Arang Batu tidak akan timbul kerana bekalan tersebut boleh di dapati dari Kalimantan, Indonesia.
  • Lagi pun kapasiti Janakuasa letrik di pantai timur Sabah ketika ini 220MW, dijangka akan meningkat menjadi 400mw pada tahun 2017, kata beliau.
  • Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengumumkan pada bulan September tahun lalu, bahawa kilang loji Janakuasa letrik Arang Batu berkapasiti 300 mw akan didirikan di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Sumber: Daily Express
15 comments:

pembinaan loji kuasa arang batu ini seharusnya dapat menyelesaikan isu kekurangan tenaga letrik di sabah...namun begitu, impak pembinaan loji ini terhadap persekitaran dan juga penduduk terutama dari segi kesihatan harus diteliti secara menyeluruh...


Penyelesaian kekurangan tenaga bekalan elekrtik ialah dengan membina logi kuasa tenaga Arang Batu di Lahad Datu. Bagaimanapun penyelidikan harus dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan mengenai impak ‘environments’ akibat penjanaan tersebut.


http://www.sabahtoday.com/?p=4987

kajian impak loji tenaga arang batu terhadap persekitaran masih diteruskan dan dijangka akan siap akhir bulan depan. sememangnya kerajaan perihatin dengan isu ini dan melakukan yang terbaik untuk rakyat.


Berbanding dengan sumber tenaga lain seperti biomas oil palm, sebenarnya arang batu adalah yang terbaik kerana ia murah dan mudah dilaksanakan. Cuma tidak dinafikan ia ada sedikit keburukan terutama pencemaran kepada alam sekitar. Tetapi dalam masa yang sama kita juga memerlukan sumber elektrik yang mencukupi untuk kemajuan negeri kita...dan akhirnya...kita akan berbalik kepada arang batu juga....


Masalah bekalan elektrik di Sabah mmg patut diatasi.. Kalau sudah disahkan arang batu adalah jalan penyelesaian yg terbaik.. Saya sokong saja :)


Thanks, untuk kalian kerana sudi melawat dan memberi komen disini.

Walau pun mungkin terdapat perbezaan pendapat dikalangan kita, namun saya menghargai pendapat dan pandangan kalian kerana menyuarakan pendapat yang positif.

However, Pada pandangan saya, isu penggunaan logi arang batu untuk Janakuasa letrik di Sabah ini saya kategorikan kepada dua;

1) Positif;
Saperti kata sdra kitakita, ia nya murah dan mudah dilaksanakan. Apa lagi bila kita mengambil kira pertambahan permintaan penggunaan terhadap bekalan letrik di Sabah kini; dalam tahap kronik.

Disamping itu, pembekalan letrik dengan menggunakan Janakuasa hydro agak terlalu rumit dan mahal kos pembinaan nya.

2) Negatif
Dinyatakan bahawa kita akan banyak menggunakan bahan arang batu yang di import dari Kalimantan Indonesia.
Ini berarti, kira nya sesuatu yang tidak di ingini berlaku dengan sumber; pasti nya akan mengundang pelbagai masaalah dengan bekalan letrik di negeri ini.

Masaalah yang dimaksudkan tersebut termasuk politik yang tidak stabil dan kemungkinan kemusnaan sumber akibat bencana alam, teknik dan lain punca yang berhubungkait dengan kesilapan manusia.

Disamping itu, sebagai contoh di negara-negara lain saperti China dan Euro dll, pencemaran yang drastik pernah dirasai oleh penduduk yang berdekatan akibat kawalan kualiti penjanaan tidak di sempurnakan dengan sepenuh nya.

Semuga kalian sukses


kajian secara menyeluruh harus dilakukan secara teliti...berapa lama kita (sabah) dapat menggunakan loji arang batu ini sebagai penjana kuasa letrik? kerajaan harus bersedia untuk menyediakan alternatif lain selain loji ini untuk pembekalan tenaga yang berterusan...


projek ini masih dalam kajian (EIA), kerajaan akan bergantung dengan hasil kajian ini dan berusaha melindungi alam sekitar kita.


pelaksanaan projek ini hanya untuk mengatasi masalah bekalan yang kritikal di sabah. kerajaan dan sesb telah melihat semua kaedah namun ini adalah yang terbaik. tapi sekiranya selepas ini ada kaedah yang lebih sesuai, @ ekonomi kita kukuh, @ pembangunan teknologi, kerajaan akan beralih kearah yang lebih baik.


Berbanding dengan sumber tenaga lain seperti biomas oil palm, sebenarnya arang batu adalah yang terbaik kerana ia murah dan mudah dilaksanakan. Cuma tidak dinafikan ia ada sedikit keburukan terutama pencemaran kepada alam sekitar. Tetapi dalam masa yang sama kita juga memerlukan sumber elektrik yang mencukupi untuk kemajuan negeri kita...dan akhirnya...kita akan berbalik kepada arang batu juga....


Masalah kekurangan tenaga elektrik di Sabah semakin meruncing. Terdapat pro dan con dalam melaksanakan pembinaa loji kuasa arang batu. No doubt ia boleh menyelesaikan masalah ini tetapi dalam masa yang sama ia akan memberi impak yang teruk terhadap alam persekitaran dan kesihatan penduduk yang berdekatan.

Bagaimanapun, diharapakan terdapat kualiti pengawalan penjanaan yang sempurna dan cekap bagi mengelakkan masalah yang timbul di masa hadapan.


Different people, different opinion. My guess is that there should be more research on coal-plant. But the thing is the power woes is getting seriously critical.

I hope this plant will be be someone's political agenda next campaign for election..*rubs chin*


tidak dinafikan memang terdapat perbezaan pendapat berhubung dengan pembinaan loji arang abtu ini...namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyat...permintaan bekalan tenaga yang mencukupi ini adalah dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat...

no offense.... :)


my opinion is.
Biomass plant vs Arang batu
-whats the point having biomass plant in felda and the government themself developing the biodiesel industry at lahad datu there, if then now they want to built up the coal power plant there???? konon dulu mau majukan industri biodiesel di bgian ldatu sana sebab we are the largest oil palm producer...apa guna mau pakai2 arang batu lagi kalau memang terang2 kita ada sumber sendiri dakat2 lagi sana felda untuk bikin biomass plant???ini mau juga bli jauh2 arang batu sampai sana indon!!!hey malaysian think!!..

dulu cakap d tv pikir pasal kualiti, mahal sikit/ banyak pun tidak apa konon..yang penting tahan lama, eco friendly...bla..bla..bla...tapi sekarang mau bikin loji arang batu sebab lagi murah dari biomass plant konon...tapi bohongnya sama juga..envronment ??eco??hey


Kerajaan Sabah mungkin akan menggunakan gas asli untuk menggantikan arang batu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails