

Dikatakan sesiapa yang membeli telefon bimbit buatan China, dapat pakej video lucah tempatan. Itu trend terbaru segelintir peniaga telefon bimbit yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka.
Pendedahan itu antara penemuan sekumpulan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial (Landas), yang melakukan siasatan di premis penjualan telefon bimbit di Kedah dan Pulau Pinang.
Sumber: Cynews, Harian Metro.
- Pembimbing Landas, Kamaruddin Kassim, berkata hasil siasatan mendapati peniaga telefon bimbit buatan China, atau popular dengan panggilan China Mobile, bersaing antara satu sama lain.
- Bagi melariskan penjualan , mereka turut menawarkan pakej video lucah tempatan sebagai tarikan kepada pelanggan.
- 'Ada kawalan harga terhadap telefon bimbit jenis ini (telefon bimbit buatan China). Sebagai contoh, telefon model A968 yang mempunyai lambang Sony Vaio, harga paling rendah yang boleh dibeli hanya RM300 ($129).
- 'Disebabkan kawalan harga itu, peniaga perlu memikirkan kaedah bagaimana untuk melariskan jualan mereka.
- 'Sebab itu ada yang menawarkan pakej telefon berserta video lucah tempatan,' katanya semalam.
- Menurut Kamaruddin selanjutnya, peniaga telefon bimbit terbabit bagaimanapun tidak menawarkan pakej berkenaan secara melulu, sebaliknya hanya memilih golongan muda yang terpengaruh dengan tawaran terbabit.
- Pembeli yang kelihatan tidak berminat, peniaga tersebut hanya menawarkan lagu dan nada dering sebagai ganti kerana peniaga tersebut tahu apa yang mereka lakukan itu salah di sisi undang-undang.
- 'Begitupun, hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan pembeli menerima tawaran diberi (pakej video lucah tempatan). Peniaga yang menawarkan video paling banyak, paling menarik dan paling baru menjadi tumpuan pembeli,' katanya.



Post a Comment