
Kemakmuran Ranau: mitos atau realiti?
Dilapurkan daerah Ranau kini terus membangun di bawah kepimpinan empat orang pemimpin ‘Barisan Nasional’ yakni, dua orang Menteri Penuh Kabinet Negeri, Datuk Haji Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan dan Datuk Dr. Ewon Ebin (Menteri Pembangunan Luar Bandar) juga Adun Paginatan bersama Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat serta Adun Kundasang Dr. Joachim Gunsalam.
Rakyat Ranau dikatakan, amat bertuah mempunyai keempat-empat Wakil Rakyat, yang prihatin, berjiwa rakyat dan sentiasa ‘turun padang’ untuk menemui penduduk sekaligus memantau dan menangani permasalahan rakyat akar umbi.
Analisis Solymone
Syabas untuk penduduk Ranau kerana telah dianjakan lagi dengan beberapa pembangunan tambahan saperti Kompleks Sukan yang telah dibinakan di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu.
Stadium saperti ini memang telah lama dinanti-nantikan oleh belia Ranau. Diharapkan dengan ada nya 'facility' sukan saperti ini akan menaikan lagi tahap mutu pembangunan sukan di daerah Ranau. Terutama sekali sukan bola sepak.
Walaupun tidak disentuh dalam berita diatas, namun ingin juga saya bagi kredit kepada penduduk Kampung Liwanti baru kerana telah meng-ilhamkan satu projek rekreasi unik yang mereka namakan 'Tagal Kg. Luanti'.
Walau macam mana pun, pada pendapat saya, (selaku seorang individu yang ada hubung kait dengan Daerah Ranau) selain dari pembangunan infrastruktur asas yang sedia ada, saperti sekolah-sekolah menengah, mini hydro dan beberapa batang jalan raya yang telah dinaikkan taraf dan Rekreasi Golf, saya rasa maseh banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh 4 pemimpin tersebut sebagai pengesahan terhadap kewibawaan mereka sapertimana yang telah war-warkan.
Perkara yang saya maksudkan antara lain nya ada lah;
- Dinyatakan juga dengan kehadiran Pegawai Daerah, Faimin Kamin keadaan pekan Ranau bertambah kemas dan pembangunan sentiasa berjalan lancar dan apa lagi bila beliau mendapat kerjasama penuh daripada ketua-ketua dan para kakitangan Jabatan kerajaan negeri & persekutuan bersama agensi-agensi lain termasuk swasta (NGO) untuk sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan wawasan pembangunan daerah ke tahap lebih maju.
- Seperti di daerah lain di negeri ‘Di Bawah Bayu’ daerah Ranau juga terus menikmati pelbagai bentuk pembangunan termasuklah usaha menaiktaraf beberapa batang jalan raya menuju ke kampung-kampung, penyediaan bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik semata-mata untuk membantu penduduk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Pembinaan bangunan ‘Guna Sama’ bakal menempatkan pejabat kerajaan Persekutuan dan bangunan Mahkamah Daerah, menelan kos jutaan ringgit peruntukan daripada kerajaan pusat kini hampir siap terletak berhampiran pekan dan tersergam indah berhadapan dengan bangunan Urusetia Daerah Ranau.
- Satu lagi projek mega daerah Ranau ialah, pembinaan Kompleks Sukan juga menelan kos berjuta ringgit kini dalam pembinaan, terletak di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu, pastinya akan memberi kemudahan kepada para atlet bukan sahaja dari daerah Ranau tetapi juga dari luar daerah termasuk venue kejohanan sukan dan permainan peringkat daerah, bahagian dan negeri kelak.
- Sesuai sekali dengan jolokan ‘Daerah Pelancongan’ dan ‘Pekan Kobis’ Ranau dan Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara, bukan sahaja memerlukan pembangunan infrastruktur yang lengkap malah penyediaan kemudahan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama menikmmati keindahan alam semulajadi serta lokasi peranginan yang menarik seperti Taman Kinabalu, Taman Kolam Air Panas Poring selain panorama kebun sayuaran tanah tinggi Kundasang, Resort Sabah Teh di Nalapak dan banyak lagi.
- Pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Daerah Ranau (MDR) juga, akan terus berusaha mempelbagaikan kemudahan awam menerusi sokongan orang ramai khususnya warga pekan untuk mempastikan kawasan dan persekitaran pekan sentiasa bersih, indah dan selamat.
Analisis Solymone
Syabas untuk penduduk Ranau kerana telah dianjakan lagi dengan beberapa pembangunan tambahan saperti Kompleks Sukan yang telah dibinakan di dataran salah sebuah bukit di Tanah Merah berhampiran Kampung Lohan Ulu.
Stadium saperti ini memang telah lama dinanti-nantikan oleh belia Ranau. Diharapkan dengan ada nya 'facility' sukan saperti ini akan menaikan lagi tahap mutu pembangunan sukan di daerah Ranau. Terutama sekali sukan bola sepak.

Walaupun tidak disentuh dalam berita diatas, namun ingin juga saya bagi kredit kepada penduduk Kampung Liwanti baru kerana telah meng-ilhamkan satu projek rekreasi unik yang mereka namakan 'Tagal Kg. Luanti'.
Walau macam mana pun, pada pendapat saya, (selaku seorang individu yang ada hubung kait dengan Daerah Ranau) selain dari pembangunan infrastruktur asas yang sedia ada, saperti sekolah-sekolah menengah, mini hydro dan beberapa batang jalan raya yang telah dinaikkan taraf dan Rekreasi Golf, saya rasa maseh banyak lagi perkara yang perlu diambil kira oleh 4 pemimpin tersebut sebagai pengesahan terhadap kewibawaan mereka sapertimana yang telah war-warkan.
Perkara yang saya maksudkan antara lain nya ada lah;
- Pembaikanpuleh bekalan letrik di daerah Ranau yang tidak menentu. Selalu 'black out' kata penduduk di sana.
- Menaikkan taraf jalan Lintas Libang-Marakau dengan sepenuh nya.
- Menaikan kualiti Lebuhraya Ranau-Kirokot/Tambunan
- Koridor Pembangunan Warisan Paginatan
Menyedia kan 'Blue Print' atau pun plan tindakan untuk kawasan DUN Paginatan. Merangkumai Rangkaian jalan yang menghubung Pginatan-Tambunan, Paginatan-Telupid (selain dari lebuhraya Ranau-Sandakan, Ranau-Tambunan).
Kawasan atau lokasi yang sesuai dimajukan untuk pertanian, perladangan dan industri tahap kecil dan sederhana yang bersesuaian,Hospital mini, Instituasi Pengajian Tinggi tahap Kolej (Agro-Eko based) dan sebagai nya. - Projek untuk menyusun dan mengemaskini situasi di kawasan pekan kecil Kundasang
- Satu pusat pengajian tinggi bertaraf Universiti yang khusus dalam bidang pelancongan (agro-eko based). Tapak cadangan di Kawasan bekas pelombongan 'Mamut'
- Pembangunan Pekan mini 'Nunuk Ragang'
- Dan lain-lain lagi



April 28, 2010 11:26 AM
syabas kepada daerah ranau! kerjasama antara kerajaan, NGO dan rakyat ranau kini menunjukkan hasil yang diminta-minta iaitu pembangunan...daerah2 (pemimpin dan rakyat) lain di sabah harus mengambil ranau sebagai contoh dalam usaha meningkatkan pembangunan infrastruktur dan lain2..diharap dengan adanya kerjasama seperti ini, kawasan2 lain di sabah juga akan turut dibangunkan...
April 28, 2010 12:02 PM
Rakyat Ranau amat bertuah kerana mempunyai keempat-empat Wakil Rakyat, yang prihatin, berjiwa rakyat dan sentiasa ‘turun padang’ untuk menemui penduduk sekaligus memantau dan menangani permasalahan rakyat. Diharapkan juga setiap pembangunan tidak tertumpu di daerah Ranau saja tetapi di daerah-daerah lain juga khususnya di bahagian pedalaman seluruh sabah.
April 28, 2010 1:59 PM
pemimpin2 di daerah lain perlu mencontohi pemimpin2 dari Ranau dan jalankan tanggungjawab untuk rakyat. bangunkan kawasan masing2 dan perihatin dengan masalah rakyat. berdasarkan analisis Solymone, nampaknya masih ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan diharapkan penduduk ranau tampil untuk membuat aduan agar pemimpin2 Ranau dapat mengambil tindakan sewajarnya.
April 28, 2010 8:27 PM
Datuk Ewon juga la.. hehheee
Syabas & teruskan perjuangan ya Datuk :)
April 28, 2010 8:31 PM
Betul tu karaabau. Jadikan daerah Ranau ni sebagai benchmark. So secara tak langsung persaingan sihat akan mampu mendorong kemajuan di setiap daerah sekaligus membangunkan negeri Sabah :)
April 28, 2010 8:33 PM
Ya kan kitakita. Mesti best kan kalau wakil rakyat di setiap daerah selalu turun padang dgr keluhan rakyat dan berusaha menyelesaikannya.... Konpom berbaloi-baloi hidup rakyat. hehehe
April 28, 2010 8:35 PM
Ya 2718, kerjasama antara penduduk dan pemimpin haruslah kukuh barulah senang cari jalan keluar dari masalah :)
April 28, 2010 8:39 PM
Kepada SOLYMONE, boleh tahan oo analisis ko :)
Apapun marilah kita sama2 mengharapkan masalah2 yg belum selesai dapat diselesaikan cepat..
April 28, 2010 8:43 PM
Oo ya pasal bola sepak pula.. aku pun harap kemudahan yg disediakan diguna sebaik mungkin.. Biarpun org bilang sukan peringkat kampung saja tapi saya yakin orang ranau boleh muncul sebagai pemain bola sepak Sabah yg cemerlang serkaligus memartabatkan semula sukan bola sepak negeri Sabah...
Yes, Majulah sukan utk negeri Sabah yg tercinta. hehehheee
April 28, 2010 9:40 PM
Thanks Kalian,
kerana sudi berkunjung dan tak putus-putus memberi komen dan pandangan masing-masing.
Walau pun pada hakikat nya mungkin ada perbezaan pendapat diantara kita. Namun yang menarik nya bagi saya, kalian telah mengeluarkan pendapat yang bernas dan positif.
Tahniah dan teruskan memberi komen untuk kita kongsikan bersama.
At last but not least, semuga kalian sukses.
April 29, 2010 8:29 AM
pendapat si paquin betul...dengan adanya kompleks sukan yang kini sedang dibina, amatlah diperlukan oleh rakyat ranau terutama sekali sekolah2 dan atlit2...dengan adanya kemudahan ini, nescaya ranau dapat melahirkan atlit2 yang bakal mengharumkan nama sabah dan malaysia...syabas kepada kerajaan dan pemimpin2 ranau...
April 29, 2010 11:12 AM
Pekan Ranau bertambah kemas dan pembangunan sentiasa berjalan lancar dan apa lagi bila mendapat kerjasama penuh daripada ketua-ketua dan para kakitangan Jabatan kerajaan negeri & persekutuan bersama agensi-agensi lain termasuk swasta (NGO) untuk sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan wawasan pembangunan daerah ke tahap lebih maju.
April 29, 2010 11:34 AM
Pembangunan, kemajuan dan kemudahan lain ini sepatutnya sudah dilaksanakan dari dulu lagi. Contohnya di daerah Kundasang, pasar sayur dan buah-buahan yang ada sekarang masih lagi kelihatan dari tahun 90an lagi sedangkan Kundasang adalah tempat persinggahan para pelancong asing. Tahap kebersihan pun kurang lagi. Dengan adanya rancangan untuk membangunkan daerah2 ini, diharapkan dapat dilaksanakan.
April 29, 2010 4:00 PM
Daerah Ranau sekarang semakin maju. Saya merasa bangga mendapat tahu bahawa rakyat, kerajaan dan NGO telah berkerjasama-sama untuk membangunkan Daerah Ranau. Diharapkan kerjasama antara mereka dapat diteruskan sampai bila-bila masa. :)
April 30, 2010 10:06 AM
sememangnya Ranau kini pesat membangun di bawah kerajaan BN...namun pembangunan ini haruslah secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu2 sektor sahaja...pandangan atau cadangan lain harus diambil kira dalam usaha membangunkan daerah Ranau secara menyeluruh...
Post a Comment