SUARA BEBAS TUARAN

Bung Moktar, Zizie Didakwah Berpoligami Tanpa Izin?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin mahkamah.
Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.
  • Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
  • Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
  • Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.
  • Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
  • Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.
  • Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.
  • Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
  • Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
  • Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.
  • Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
  • Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.
  • Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
  • Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.
  • Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof.
  • Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.
  • Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.
  • Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.
  • "Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.
  • Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.
  • Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber: mStar
6 comments:

Ini lah kerja YB, dah di lantik oleh Pengundi di Kinabatangan sebagai wakil untuk menyuarakan masallah Rakyat di parlimen, yang di atur nya cari Bini Muda dan Penyanyi lagi tu. tunggu lah PRU ke 13.


Ini memang salah disisi undang-undang, bagaimanapun tidak salah kalau berkahwin lebih dari satu (muslim). Sebaik-baiknya Datuk Bung Moktar dan isteri Zizie perlulah mendapat kebenaran daripada kedua belah pihak kerana perkara macam ini boleh menjejaskan posisi Datuk sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Zizie sebagai pelakon yang terkenal. Apa pun, tindakan yang baik dengan berterus terang. mengaku bersalah. Mana ada yang berani minta kebenaran daripada isteri.....nanti tidak pasal-pasal kena simbah asid he.he.he.... gurau saja...


Doinah...napa jua mo kawin with first wife's permission oo? kin malu orang sabah saja..

kalo mo kawin, guna lah cara yang baik dan berundang-undang. Bukannya main hentam sja..adeih..


Pa boleh buat la Suara Rakyat Kunak.. Si Bung pun manusia biasa juga.. huhhuu
Harap2 lah dia tak abaikan t/jwb sebagai wakil rakyat selepas kahwin lebih dari satu. hehehe


Ya betul juga tu kitakita. Kalau pasal si Bung Moktar kahwin lebih dari satu tu, itu haknya la kan..
Cuma mungkin cara dorang kahwin tu yg undang kontroversi. Sepatutnya minta la ba kebenaran dari 1st wife kan... Ini ^^%#$%#!!!!
Apapun dorang dah mengaku bersalah, malah dah didenda pun - jadi biarlah dorang dengan private life dorang.


Mungkin dia nda berani ba tu minta kebenaran Boten_Trish.. hehhee
Jadi kalau kahwin ja, baru kena tahu sudah tak boleh buat apa2...
Terpaksalah si 1st wife ni terima seadanya. hehe
Harap lepas ni, kita ta dgr lagi cerita mcm ni berlaku dgn menteri2 Sabah yg lain...
Nanti tambah popular Sabah. hehehe


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails