SUARA BEBAS TUARAN

DUN Perak Kecoh Lagi, Status Speaker Dipertikai

Labels:

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dicemari kekecohan bagi sidang hari keduanya, semalam. Ini apabila sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Adun Barisan Nasional (BN) bertikam lidah, dengan wakil rakyat Pakatan terus mengasak speaker DUN itu, Datuk R Ganesan, serta mendakwa beliau dilantik secara tidak sah sebaik sahaja selesai pembacaan doa dalam dewan, lapor beberapa media setempat.
  • Sidang bermula secara aman sedang para Adun mengambil tempat duduk masing-masing, dengan bekas speaker dewan yang digulingkan, Encik V. Sivakumar, mengisi kerusi wakil rakyat Tronoh, kata laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
  • Namun, sejurus sebelum Datuk Ganesan membuka sidang bagi sesi soal jawab, Adun Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Pantai Remis, Encik Nga Kor Ming, berdiri dan menimbulkan usul perintah tetap (standing order) di dewan.
  • Datuk Ganesan pada mulanya tidak mempedulikan cadangan Encik Nga tetapi mengalah apabila mantan menteri besar Perak dan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu beliau supaya menghormati prosedur dewan dan membenarkan Adun itu menimbulkan perkara-perkara perintah tetap.
  • Selepas beberapa episod mengejek antara Encik Nga dengan Datuk Ganesan, Adun DAP itu kemudian menekankan bahawa Datuk Ganesan bukan speaker dewan yang dilantik dengan sah, sambil merujuk kepada pelantikan speaker dewan yang sah buat kali terakhirnya pada 2008, yang mana ketika itu Perak berada di bawah kerajaan negeri Pakatan.
  • 'Jadi, Ganesan, awak bukan speaker dewan yang sah,' ujar Encik Nga, yang dipetik laporan The Malaysian Insider.
  • Kekecohan kemudian berlaku antara wakil rakyat Pakatan dan BN berhubung isu kesahan speaker DUN Perak itu, hingga menyebabkan kesemua 28 wakil rakyat pembangkang itu keluar meninggalkan sidang dewan itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan sidang.
  • Semasa berlakunya kekecohan itu, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak mengambil bahagian dalam sesi soal jawab yang berlangsung pada kira-kira 10.45 pagi itu. Hanya wakil BN mengemukakan soalan bagi sesi itu, lapor agensi berita Bernama.
  • Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Datuk Seri Nizar berkata wakil rakyat Pakatan meninggalkan dewan itu kerana Datuk Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai speaker dewan dan tidak mengikut perintah tetap.
  • Namun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pula dipetik oleh Berita Harian Malaysia (BHM) sebagai berkata bahawa tindakan wakil rakyat pembangkang itu itu seperti sudah dirancang.
  • 'Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi,' ujarnya pada sidang media berasingan semalam.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails