SUARA BEBAS TUARAN

Fenomena Perubahan Iklim - Berapa Banyak Bukti Lagi Yang Kita Perlukan?


Di seluruh dunia, kita melihat ketidakstabilan iklim yang berlebihan. Gurun di Asia tengah makin bertambah, sedangkan New England Amerika Syarikat (dan sekarang Rio De Jenario, Brazil) sedang basah kuyup. Tasik di Minnesota Amerika Syarikat telah pernah dicairkan awal dari sepatutnya. Pergolakan tersebut telah pun dirakamkan setiap saat.
Kawasan yang bersalju pada suatu ketika hanya akan menjadi sejarah, dan pulau-pulau di seluruh dunia menghilang di lamun ombak. Lautan telah mengalami Susana pemanasan, sehingga kan pertumbuan karang berkurangan hingga tinggal sekarat.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil.
Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Ramalan saintis Malaysia menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Di Sabah dan Sarawak lapuran kajian cuaca sudah tidak menentu. Susah untuk meramalkan dengan tepat bila musim hujan atau pun kemarau.
Dikala penduduk menuggu bantuan akibat bencana Banjir besar baru-baru ini. Kini Timbul pula masaalah kekurangan air di kawasan yang sama.
Justru itu, permohon bantuan yang baru terpaksa dikemukakan semula untuk menangani gejala kekeringan di kawasan perladangan dan perkampungan. Ini termasuk bantuan air minuman yang berseh.
Mujur lah akhir-akhir ini hujan mulai turun di sana-sini.
  • Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
  • Justru itu, dasar yang menolak dan terus menafikan bahawa ada nya perubahan iklim ada lah salah dalam kadar yang amat bahaya. Seada nya maseh banyak lagi umat yang percaya pada dunia fantasi bahawa tiada perubahan pada alam ini..
  • Kita telah dibagi banyak peluang untuk mengawal perubahan iklim. Namun fenomena perubahan iklim ini berkembang laju dan terus maju untuk kemusnahan alam dan manusia sejagat.
Berapa banyak bukti lagi yang kita perlukan?
Sumber: Eko Sistem Dunia
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails