SUARA BEBAS TUARAN

Hanya Dengan Perubahan Radikal Dalam Mentadbir Negara Dapat Pulih Keadaan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melakukan perubahan yang radikal dalam mentadbir negara bagi memulihkan keadaan.
Perdana Menteri berkata ini kerana sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009, kerajaan pimpinannya bermula dari satu “kedudukan permulaan yang negatif”.
  • “Saya telah cuba dengan rakan-rakan dalam jemaah menteri untuk melakukan perubahan ataupun ‘reform and change’ kerajaan dalam erti kata bukan tukar kerajaan tetapi tukar cara dan hala tuju untuk negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari meraikan setiausaha-setiausaha politik di sini kelmarin.
  • Najib berkata perubahan itu dilakukan secara menyeluruh bukan sahaja daripada segi hala tuju tetapi memperincikan sesuatu gagasan dan konsep yang diperkenalkan sebelum ini.
  • Perdana Menteri berkata kerajaan kini memberi penekanan terhadap pendekatan-pendekatan baru melalui dasar dan program yang lebih mesra rakyat. Najib berkata tinjauan mesra atau “walkabout” yang diperkenalkannya, merupakan satu daripada pendekatan yang amat berkesan dalam memenangi hati rakyat.
  • “Mengikut maklumat balas yang saya telah terima, itulah pendekatan yang sangat diterima dan dihargai oleh rakyat. Bila kita turun melalui tinjauan mesra, tanpa protokol tetapi kita buat secara ikhlas dan spontan dan dapat selesaikan masalah rakyat, maknanya lawatan seperti ini meninggalkan kesan yang berpanjangan dan mendalam dalam hati sanubari rakyat,” katanya.
  • Perdana Menteri berkata tindakan susulan perlu dilaksanakan selepas tinjauan mesra itu dilakukan.
  • Misalnya, kata Najib, semasa lawatannya ke Hulu Selangor baru-baru ini, beliau mengumumkan peruntukan RM15.6 juta bagi membaik pulih rumah pangsa yang rosak dan perkara seperti itu yang perlukan tindakan susulan.
  • “Sekarang projek itu berjalan dengan lancar dan rancak. Jadi kesan kepada rakyat adalah besar, maknanya rakyat nampak sesuatu yang kita buat itu, ada tindakan susulan,” katanya.
  • Perdana Menteri mengingatkan pemimpin kerajaan supaya tidak membuat janji-janji yang sukar untuk ditunaikan. “Kalau kita buat sesuatu janji dalam bentuk pengumuman, mesti ada tindakan susulan. Tak kira (perkara itu) kecil atau besar, pastikan ia dilaksanakan dalam jangka masa tertentu,” katanya.
  • Beliau juga mengingatkan jemaah menteri supaya bercakap dalam nada yang sama dan jika ada perkara berbangkit sesama mereka, ia perlu diselesaikan dengan cara serta saluran yang betul.
  • “Jangan macam pembangkang yang sekarang haru-biru. Saya dah tengok rating PKR (Parti Keadilan Rakyat) jatuh, kita ini meningkat dan bertahan. Kalau tak meningkat pun, masih bertahan.
  • “Jadi, jangan buat sesuatu yang merugikan kita, statement kena jaga, jangan terbabas cakap, jangan buat kenyataan yang boleh timbulkan rakyat tertanya dan tak tepat serta tidak logik.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails