SUARA BEBAS TUARAN

Kakak Menyamar Jadi 'Abang' Walikan Perkahwinan

Seorang wanita yang mengemukakan permohonan memfarakkan pernikahannya (pengasingan sementara) di Mahkamah Rendah Syariah di sini, kelmarin, membuat kejutan apabila mengaku perkahwinannya diwalikan kakak kandungnya yang menyamar sebagai 'abang'.
Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30 tahun, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
  • 'Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan kakak sulung saya. Perkahwinan kedua dengan suami sekarang pada 17 April 2004. Semua kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan oleh seorang jurunikah di masjid di Pantai Dalam,' katanya ketika menjawab pertanyaan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.
  • Nurul Farhana berkata, beliau sebelum ini tidak memaklumkan status wali kepada suaminya, Encik Ahmad Salim Moideen, 30 tahun, kerana diugut akan dibuang keluarga jika mendedahkannya.
  • Katanya, kakaknya kini menghilangkan diri selepas Encik Ahmad Salim mengetahui perkara sebenar.
  • Sementara itu, Encik Ahmad Salim dalam keterangannya, berkata penampilan dan suara kakak iparnya, Nawi a/k Ilai, yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu, memang seperti lelaki.
  • 'Sebenarnya pada hari pernikahan, saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalannya tetapi jurunikah ketika itu meneruskan saja pernikahan.
  • Jika saya tahu dia seorang wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu,' katanya yang hanya mengetahui status kakak iparnya pada 2008.
  • Hakim Mohd Yunus arahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta pasangan itu mencari imam yang menikahkan mereka memberi keterangan.
  • Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan kes itu.
Sumber: Cynews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails