

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti adalah cabaran kepada sektor awam.
Presidennya Cuepacs, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan.
Sumber: mStar
Presidennya Cuepacs, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan.
- "Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan adalah kunci untuk merasai kenaikan itu dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
- Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan tetapi dengan syarat semua penjawat awam mesti meningkatkan produktiviti kerja mereka dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.
- Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
- Menurut Omar, "Teori kenaikan gaji itu sudah cantik, tetapi persoalannya di sini adalah mengenai mekanisme untuk melaksanakan perkara itu supaya semua penjawat awam lebih produktif dalam melakukan kerja".



April 6, 2010 10:46 AM
cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji untuk kakitangan awam ini boleh dijadikan alat untuk memotivasikan atau menggerakkan mereka kearah lebih produktif. dan saya juga setuju cadangan ini hanya akan dilaksanakan JIKA mereka berjaya meningkatkan produktiviti.
April 7, 2010 8:40 AM
Saya sangat setuju dengan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji bagi kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti dan ini adalah cabaran kepada sektor awam. Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan juga adalah kunci untuk merasai kenaikan gaji dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa sama juga ia dapat meringankan beban kepada setiap individu ekoran harga barang yang kian meningkat dan sebagainya.... Terima Kasih yang tidak terhingga kepada PM kita.
April 7, 2010 11:29 PM
Villager, betul tu.
Kenaikan gaji ni salah satu cara untuk memotivasikan kakitangan awam supaya menyokong pentadbiran kerajaan yang berpayungkan 1Malaysia.
Kalau k/tgn awam dapat buat kerja yang baik secara tak langsung publik akan melihat hasil daripada niat murni PM kita :)
April 7, 2010 11:32 PM
Betul tu kitakita. Kenaikan gaji ni memang cabaran besar utk k/tgn awam. Saya yakin kalai ia dilaksanakan konpom selepas ni publik punya demand pun makin tinggi. hehehee
Apapun kenaikan gaji ini memang baik la. hehee
April 7, 2010 11:39 PM
Memang naik gaji bagus bah.. Saya sokong juga biarpun saya bukan kakitangan awam.
Tapi itulah lagi saya sokong kalau gaji kakitangan swasta pun dikasi naik. Paling tidak pun bagi lah bah gaji ikut level pendidikan. huhuhu
Tapi biarla bah, yang penting ada duit bikin teruskan kehidupan. hehee
April 16, 2010 3:43 PM
Will this really work? Raising the salaries can really increase productivity? Let them increase their productivity first before increasing their salaries. There are no free lunch in this world.
Post a Comment