SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Perkenal Bayaran Kawal Kesesakan Jalan Raya

Pengguna kenderaan di Malaysia akan dikenakan bayaran kesesakan bagi kawasan tertentu sebaik saja Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan.
Menurut rang undang-undang yang dibentangkan kelmarin, kadar bayaran serta kawasan-kawasan yang tertakluk dengan bayaran itu akan ditentukan oleh menteri berkaitan.
  • Mereka yang gagal membuat bayaran berkenaan mengikut rang undang-undang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Namun, rang undang-undang itu menyatakan bahawa menteri mengikut bidang kuasanya boleh mengecualikan individu atau kelas kenderaan daripada dikenakan bayaran tersebut.
  • Rang undang-undang berkenaan dibaca buat kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di Dewan Rakyat kelmarin.
  • Tiga tahun lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan pernah mencadangkan supaya semua kenderaan yang memasuki ibu negara dikenakan bayaran bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.
  • Berdasarkan rekod pada tahun tersebut, kira-kira dua juta kenderaan memasuki ibu negara Malaysia itu setiap hari dan hanya 30 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam.
  • Rang undang-undang itu turut mencadangkan tindakan denda sehingga RM10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar larangan merokok dalam pengangkutan darat.
  • Selain itu, denda antara RM1,000 hingga RM50,000 dan penjara sehingga tujuh tahun boleh dikenakan bagi beberapa kesalahan lain termasuk berkelakuan tidak senonoh, cuai, sengaja membahayakan penumpang dan membuat pernyataan palsu.
Sumber:Utusan Malaysia.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails