Sekumpulan aktivis sosial dan tokoh politik ternama dari Malaysia Timur sedang menimbang dengan serius untuk menarik Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.
Mereka merancang membawa kes ini kepada Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengendalikan pungutan suara (referendum) mengenai status negeri-negeri Borneo sebagai negara-negara yang merdeka.
Sumber: TV Selangor
Mereka merancang membawa kes ini kepada Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengendalikan pungutan suara (referendum) mengenai status negeri-negeri Borneo sebagai negara-negara yang merdeka.
- Mereka tidak mahu lagi negeri-negeri ini berada di bawah cengkaman pentadbiran Umno-Barisan Nasional di Putrajaya.
- Kumpulan ini telah mendapatkan nasihat undang-undang dari masyarakat antarabangsa untuk meneroka semua kaedah demokrasi yang wujud bagi mengisytiharkan Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang berdaulat secara berasingan.
- Sumber-sumber berkata kumpulan ini ingin melihat supaya tidak berlaku sebarang bentuk rusuhan awam, penumpahan darah dan konflik bersenjata dengan kerajaan pusat, yang biasa dikaitkan dengan gerakan-gerakan pemisah.
- "Mereka mahu menyelesaikan isu-isu yang terdesak dengan cara aman dan bertamadun," kata sumber itu.
- Adalah difahamkan seramai tujuh wakil dari kumpulan ini telah menemui P Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang menetap di London, di Indonesia awal minggu ini untuk membincangkan perkara itu.
- Sumber-sumber yang rapat dengan kumpulan itu berkata para aktivis itu mendapatkan bantuan Waytha Moorthy bagi dilantik sebagai wakil di Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Waytha Moorthy dipercayai bersetuju untuk membantu mereka, dengan bantuan beberapa pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh.
- Baru-baru ini Waytha Moorthy menyalurkan rasa tidak puas hati dan permasalahan mereka terhadap kerajaan persekutuan di parlimen United Kingdom.
- Merampas dan mengikis hasil negeri secara sistematik
- Kumpulan aktivis ini begitu kecewa dengan tindakan kerajaan pusat melanggar hak negeri, kepentingan dan faedah untuk rakyat selama lebih empat dekad sejak pembentukan Kerajaan Persekutuan pada 1963.
- Kumpulan ini marah dengan perampasan dan mengaut hasil mahsul negeri secara sistematik oleh Umno dan kroni-kroninya," kata sumber itu. Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura menyertai Malaysia dalam 1963.
- Bagaiamanapun, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
- Para aktivis dari Sabah dan Sarawak percaya sama seperti Singapura, negeri-negeri mereka juga boleh dikeluarkan dari Malaysia.
- Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang kaya dengan sumber asli di Malaysia, dengan potensi kekayaan simpanan gas dan perhutanan yang melimpah ruah.
- Bagaimanapun, rakyat Sabah dan Sarawak yakin mereka akan kekal miskin disebabkan oleh "manipulasi dan penindasan" ke atas hak kuasa mereka untuk mentadbir kehidupan sendiri.
- Mereka tidak berpuas hati dengan hanya mendapat lima peratus wang royalti hasil pengeluaran minyak dari negeri mereka, manakala pentadbiran Putrajaya "mencuri" 95 peratus dari wang petroleum.
- "Rakyat Sabah dan Sarawak sedar bahawa mereka mendapat bahagian yang tidak adil. Mereka tahu adanya "rompakan pada siang hari" terhadap sumber kekayaan kurniaan Allah," kata sumber itu.
- KaIau lain ialah mengenai kewujudan kira-kira 1.7 juta pendatang tanpa izin sebagai warga negara Sabah yang telah mendapat taraf kerakyatan yang sah.
- Orang-orang Sabah menganggap para pendatang tanpa izin ini, kebanyakannya beragama Islam dari Filipina dan Indonesia sebagai peninggalan Dr Mahathir Mohamad.
- "Kerajaan ketika di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sistematik membawa masuk orang-orang asing ini dan memberi mereka kerakyatan.
- Kini mereka memegang MyKad yang sah di Sabah. Ini merupakan satu keadaan yang melampau dan pelik," kata sumber itu.
- Isu pendatang tanpa izin di Sarawak tidak seburuk di Sabah walaupun kemudaratannya adalah sama.
- Isu utama di Sarawak ialah "perkosaan terhadap kekayaan hasi mahsul perhutanan" oleh kerajaan Taib Mahmud yang disokong oleh Umno dengan mengenepikan hak-hak penduduk pribumi.
- Orang-orang pribumi juga marah terhadap penindasan ke atas hak tanah adat oleh pihak berkuasa meskipun mahkamah persekutuan memutuskan sebaliknya.
- Penduduk Sabah dan Sarawak juga dikatakan tidak senang dengan proses "memelayukan dan mengislamankan", yang meresap masuk ke dalam sistem politik dan birokrasi mereka.
- Para aktivis mendakwa kerajaan persekutuan telah melantik penduduk-penduduk tempatan yang beragama Islam untuk menerajui jabatan-jabatan kerajaan dan di beberapa portfolio di peringkat kementerian untuk mempercepatkan proses ini.
- "Pemimpin-pemimpin Islam dan ketua-ketua birokrasi ini adalah patung yang mengikut rentak tarian tuan-tuan mereka di Putrajaya," kata sumber itu.



April 3, 2010 10:53 AM
sebelum ambil keputusan ini baik buat rundingan cara aman dgn badan2 tertinggi di Malaysia. pasti kerajaan akan lakukan sesuatu. sebab kita kena fikir kesan2 buruk jika kita keluar dari persekutuan Malaysia. antaranya tuntutan filipina keatas sabah dan dasar konfrontasi indonesia. jika sabah keluar dari Malaysia dalam keadaan ketenteraan kita yang lemah dan pentadbiran kerajaan yang masih tdk stabil ada kemungkinan kedua2 negara ini akan gunakan peluang ini untuk menjajah sabah. pada masa itu keadaan lebih buruk jika berlaku pertumpahan darah dan hasil bumi kita juga jadi sasaran.
April 3, 2010 3:52 PM
Salam ucihasensei,
Rasa nya perundiangan dengan badan2 tertinggi di Malaysia sapertimana uciha maksudkan agak nya telah pun di buat sebelum ini. Namun ia nya tidak kesampaian kerana sebab2 yang tertentu... Ini termasuk lah sebab2 yang uciha nyatakan disini.
So kumpulan ini, seakan2 terdesak sehinggakan sanggup merujuk kepada badan bangsa2 bersatu.
Dikirakan usaha ini seakan2 sebagai satu 'mission impossible' untuk direalisasikan.
Whaever it is, kita kena lah sama-sama 'wait and see' sejauh mana kah kejayaan (atau disebaliknya ) tindakan mereka ini. I guess, more news yet to come..
April 4, 2010 8:19 PM
Rasanya wajarkah kita keluar dari Sabah? Sekarang isu ini semakin hangat.
Looks like we will just have to wait and see lah nei..*sigh*
April 5, 2010 10:31 AM
Penubuhan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura telah dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Persekutuan ini terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu, dua buah negeri Boneo iaitu Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia yang diadakan antara negeri-negeri tersebut dan menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963.
Memang tidak dapat dinafikan yang sabah antara negeri yang termiskin walaupun sangat kaya dengan sumber simpanan minyak , gas asli dan lain-lain tetapi masih digelar sebagai negeri termiskin yang mengundang rasa tidak puas hati kepada penduduk. Namun pendapat saya adalah tidak wajar gara-gara hal seperti ini sekumpulan aktivis sosial dan tokoh politik ternama dari Malaysia Timur sedang menimbang dengan serius untuk menarik Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia. Rakyat Sabah harus menghargai keamanan yang telah dicapai selama kita sebahagian daripada warga Malaysia. Cintailah keamanan dan kehamonian.
saya lebih bersetuju sekiranya isu-isu hasil negeri ini dapat dibincangkan semula dengan kerajaan pusat dan tidak perlulah keluar dari Malaysia.
April 5, 2010 1:24 PM
salam solymone,
ya la kita kena wait & see juga la..
pa2 pun sya tetap tdk setuju sabah/sarawak keluar dari malaysia.
harap2 kerajaan akan memberikan jaminan yang benar2 dapat meyakinkan rakyat sabah/sarawak dan meneliti semula perjanjian2 semasa penubuhan Malaysia.
April 6, 2010 11:16 PM
apa yang nak takut dgn tuntutan filipina, konfontasi indonesia? kalau 2 negara itu serang, pbb akan diam? kalau dah merdeka melalui pbb, mana 2 negara tu berani nk melangkah seberang sempadan.
kalau kl takut dgn kekuatan spore, bolehkah kita percaya pada kl utk pertahankan sabah & sarawak?
kalau di bawa ke mahkamah antarabangsa, kita tuntut perjanjian malaysia 1963 dibatal kan sebab tidak sah. suruhanjaya cobbold tidak pernah buat tinjaun yang mengatakan majoriti penduduk sabah dan sarawak bersetuju menyertai malaysia
April 7, 2010 8:20 AM
Kalau kita kaji semula sejarah mengenai sabah dan sarawak bersatu dengan Malaysia memang banyak perkara yang akan dipertikaikan, dan ia juga mengambil masa yang lama untuk diselesaikan terutamanya ialah isu royalti minyak. Tapi rakyat sabah harus sedar memang banyak hasil-hasil dari sabah yang diambil oleh kerajaan pusat namun kerajaan pusat juga memperuntukan berbilion-bilion ringgit untuk memajukan sabah. Bukankah ini sama saja..? dan sabah tidak perlulah keluar daripada malaysia kerana ia akan memburukkan lagi keadaan, keamanan dan kestabilan negara.
April 7, 2010 11:27 AM
betul tu kitakita...
tidak dinafikan kerajaan juga telah membelanjakan berbillion2 ringgit untuk memajukan sabah dan meningkatkan taraf hidup rakyat sabah. walaupun masih banyak kelemahan namun kerajaan masih bersikap adil dengan sabah.
Post a Comment