SUARA BEBAS TUARAN

Mampu kah KPLB Turunkan Kadar Kemiskinan Di Sabah Akhir RM9?

Dikatakan baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah( KPLB&W) komited untuk menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia menjadi 2.8% pada akhir Rancangan Malaysia 9.
Spekulasi ini pasti nya akan menjadi tanda tanya kepada penganalisa ekonomi dan politik di Sabah kerana setakat ini kita maseh lagi difahamkan bahawa kadar kemiskinan di Sabah masa kini maseh lagi dalam tahap kronik, ia itu lebih kurang 23.4%.
Disamping itu mengikut pendapat Datuk Harris Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah; pengangguran sebenar nya di Sabah masa kini ada lah 30%.
Walau macam mana pun, dilapurkan, KPLB&W kini sedang merangkakan beberapa plan tindakan yang akan digunapakai demi untuk menjayakan usaha yang akan dapat menyelesaikan gejala tersebut.

Menurut sumber selanjutnya , tindakan yang akan diambil, ada lah sebagai berikut: -
  1. Untuk memastikan semua program di bawah 'Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang benar dilakukan untuk meningkatkan pendapatan mereka, dan program latihan kemahiran hidup harus dinaik -tarafkan. Rumah-rumah orang miskin harus ditingkatkan untuk keadaan yang lebih selesa dan selamat.
  2. Untuk mengatur langkah-langkah yang boleh membanteras kemiskinan melalui tatacara dari 'Focus Group tentang Pemberantasan Kemiskinan' di peringkat nasional, negeri dan peringkat daerah.
  3. Program Kerajaan yang akan menyediakan pusat kumpulan data yang merekodkan bilangan masyarakat miskin dengan menggunakan sistem 'e-Kasih', yang akan mempunyai profil semua rakyat miskin dan 'hardcore' miskin yang perlu diberi bantuan.
  4. Kerajaan akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang dikirakan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dengan merangkakan plan-strategik pembangunan tanah untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat , seperti Lonjakan Projek Agropolitan di Pulau Banggi, Sabah, dan Projek Ladang Sejahtera Bangkoka, Sabah.
  5. Untuk meningkatkan tahap pendidikan, kesihatan, kemudahan asas seperti pembinaan jalan, bekalan air, dan lebih baik bekalan elektrik untuk kumpulan minoriti di Sabah seperti Rungus, Suluk, Orang Sungai,Tidong dan sebagainya.
Disini Kerajaan dikatakan juga, perihatin terhadap kadar kemiskinan di Sabah ada lah tinggi kalau dibandingkan dengan negeri-negari lain di Malaysia. Oleh kerana itu, Kerajaan akan memerlukan waktu masa yang lebih dengan untuk tujuan membanteras kan kemiskinan. Disamping itu kerajaan juga memerlukan perancangan jangka panjang yang cukup untuk tujuan tersebut.
Data-data dan maklumat yang dikumpulkan oleh 'melalui sistem e-Kasih' akan dilancarkan untuk membantu kaum miskin. Kumpulan NGO atau pun 'Focus Group' akan diminta untuk membantu rakyat yang dikenal pasti sebagai golongan miskin. Seterusnya kumpulan ini akan di pertanggungjawabkan untuk membanteras kemiskinan dan seterusnya dapat mengurangkan tahap kemiskinan di Sabah.

Analisa Solymone:
Kalau setakat itu lah strategi kerajaan untuk menangani gejala kemiskinan di Sabah, saya rasa setuju lah dengan komen Dr. Hiew King Cheu( MP Kota Kinabalu) bahawa semua ini hanya lah cantik di kertas tetapi tidak mungkin dapat di laksanakan.
Apa lagi bila diambil kira masa untuk penyelesaian yang ditetapkan; ia itu selama 5 tahun(diselesaikan dalam program RM ke9).
  • Dari lapuran yang dibekalkan, maseh banyak lagi ruang yang saya rasa kan telah terlepas pandang. Bukan bertujuan untuk racist, tetapi sungguh jelas tiada rumusan atau strategi yang menyentuh tentang tatacara untuk membantu rakyat miskin atau termiskin dari suku kaum KDM dan juga Bajau.
  • Saperti yang kita tahu, kebanyakan nya kaum KDM terdapat di kawasan pedalaman negeri Sabah, saperti di Kota Marudu,Pitas, Tempasuk/Kadamaian, Ranau, Telupid, Beluran, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan dan sebagainya.
  • Manakala suku kaum Bajau kebanyakan nya terdapat di pesisiran pantai saperti Semporna, Kunak,Lahad Datu, Sandakan, Kudat, Kota belud Tuaran, KK, Papar dan sebagai nya.
  • Dalam realiti nya, kedua-dua kaum ini juga kebanyakan nya layak untuk dikategorikan dalam carta rakyat miskin.
    Mereka maseh lagi perlu suntikan pembangunan yang sesuai untuk membantu mereka dalam berhadapan dengan gejala kemiskinan ini.Terutama sekali belia-belia dari kedua-dua kaum tersebut kebanyakan nya terpinggir, sehinggakan mereka terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia.
  • Agak mengherankan juga kenapa Menteri tersebut terlupa untuk memahami situasi yang saya jelaskan tadi. Sedangkan beliau sendiri ada lah anak kelahiran Sabah.
  • Sebagai contoh di kawasan pedalaman daerah Tuaran terdapat kawasan yang luas dan layak untuk di beri peluang dalam program Agropolitan dan pelancongan jenis eko dan agro yang bertaraf Antara Bangsa. Saperti di kawasan Topokon, Kiulu dan Warisan Teluk Sulaman.
  • Manakala di Daerah Ranau, hingga kini kita belum pun mendengar ada kah atau tidak nya program Koridor Pembangunan Paginatan dan sebagai nya? Bagaimana pula situasi di lain-lain kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi? Berserah pada nasib kah?
  • Usaha membasmi dan membenteraskan gejala kemiskinan rakyat Sabah bukan lah hanya sekadar Missi atau Visi kita tetapi ia nya ada lah 'Tujuan Perjuangan ' kita.
18 comments:

nampaknya isu kemiskinan ini tidak mungkin akan dicapai pada akhir RMK9..namun begitu, terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan (contohnya, PPRT)..namun begitu, dari segi statistik seperti yang dinyatakan oleh menteri KPLB&W, kadar kemiskinan di Sabah adalah 23.4% dan mungkin akan meningkat...justeru, langkah drastik dan berkesan harus dilakukan pada kadar yang segera...segala langkah yang telah dinyatakan oleh pihak kementerian, haruslah DISEGERAKAN bagi membendung kemiskinan ini...apa yang telah dinyakan oleh saudara Solymone adalah benar...analisis pihak kementerian sepatutnya adalah secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu2 kawasan dan kaum....kita harus sedar di Sabah terdapat pelbagai kaum dan latar belakang...diharap pihak kerajaan mengambil serius dan tegas mengenai kemiskinan di sabah secara holistik dan bukannya 'hangat-hangat tahi ayam'.


Insya-Allah, boleh. Kena yakin dengan KPLB bahawa ia boleh menurunkan kadar kemiskinan di Sabah di akhir RM9. Kita kena bersikap positif dalam hal ini.


diharapkan kerajaan bersungguh2 menurunkan kadar kemiskinan di sabah melalui RMK9 ini memandangkan masalah ini menjadi isu utama yang menjadi punca kepada penentangan rakyat sabah terhadap kerajaan. saya yakin kerajaan mampu melakukannya sekiranya tiada individu yang bersikap pentingkan diri sendiri dan dapat menlaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas untuk kepentingan rakyat.


Tambahan lagi pada akhir2 ini kerajaan telah melakukan banyak program untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyrakat yang hidup di atas garis kemiskinan. Beberapa contoh yang akan menjadi perhatian adalah POIC di Lahad Datu, Projek KKIP yang akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan...Semoga ianya akan membantu...


yup, dibawah kementerian pembangunan dan perindustrian banyak program yang telah dirancang oleh datuk Raymond bagi tujuan meningkat pendapatan negara dan individu.


Walaupun beribu program dijalankan oleh kerajaan jika tidak mendapat respon yg baik daripada focus group pun masalah juga....oleh itu, penyebaran maklumat tentang program2 kerajaan ini penting bagi membolehkan fokus group tahu akan kewujudan program2 ini...


RM9 hampir datang, bolehkah capai sebelum itu? Jgn jgn nanti kecewa pula semua orang. Tapi kita kenalah fikir positif ttg hal ini.


kadar kemiskinan di Sabah adalah 23.4% dan mungkin akan meningkat, oleh itu langkah drastik dan berkesan harus dilakukan segera dan mengambil langkah yang telah dinyatakan oleh pihak kementerian bagi membendung kemiskinan di negeri ini. KPLB&W perlu segerakan beberapa plan tindakan yang akan digunapakai demi untuk menjayakan usaha yang akan dapat menyelesaikan gejala tersebut.


kementerian pembangunan, wanita, keluarga dan komuniti telah mengenal pasti sebanyak 15,293 daripada 44, 634 keluarga miskin di Malaysia adalah berasal daripada Sabah
(http://www.sabahtoday.com/?p=4978)

ternyata kerajaan harus melaksanakan satu dasar yang lebih jelas bagi memerangi kadar kemiskinan di sabah..jika tiada tindakan segera yang berkesan,penurunan kadar kemiskinan di sabah tidak dimampu dicapai pada akhir RMK9 dan tinggal menjadi mimpi di siang hari....


Mampu ka tak, belakang cerita.. Yg pasti kita patut yakin KPLB dapat buat yg terbaik utk kurangkan kadar kemsikinan di Sabah.


Btl tu 2718 :)
Pendek kata semua pihak harus bersatu dan bekerjasama utk pastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan akhir RMK9.


Ngam la tu Boten_Trish, Paquin, 2718.. Sama2 la kita berfikiran +ve dan berdoa agar kadar kemiskinan dapat dikurangan :)


Kadar kemiskinan di Sabah pada akhir RM9 ni saya lihat sukar untuk diturunkan. Sebenarnya sebelum merangka sesuatu projek untuk membasmi kemiskinan.....kita harus mengenalpasti akar umbi kemiskinan tersebut. Sebagai contoh, kalau sesuatu kaum tu miskin dan mereka ramai di sesuatu kawasan...perkara penting yang harus dibuat ialah..lihat apa infrastruktur yang diperlukan. Misalnya jalanraya, elektrik dsb yang membolehkan mereka memasarkan hasil-hasil pertanian...untuk mereka dapat meningkatkan sosioekonomi... tetapi kalau ia berbentuk subsidi...ia seolah mencurah air di daun keladi. Bagi macamna banyak pun tetap tiada sebarang perubahan berlaku.


Sekali lagi saya ucapkan terima kasih untuk Kalian,kerana sudi berkunjung dan tak putus-putus memberi komen dan pandangan masing-masing.

Walau pun pada hakikat nya mungkin ada perbezaan pendapat diantara kita dari segi prospektif, logistik dan realiti . Namun apa yang yang menarik bagi saya, kalian telah berusaha mengeluarkan pendapat yang bernas dan positif.

Tahniah dan teruskan memberi komen untuk kita kongsikan bersama.
semuga kalian sukses.


faktor2 yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan di Sabah harus dikenal pasti agar kemiskinan ini dapat dihapuskan secara menyeluruh....


Bagaimanapun kita kena yakin kepada KPLB agar rancangan dapat dilaksanakan dengan segera kerana usaha membasmi dan membenteraskan gejala kemiskinan rakyat Sabah bukan sekadar Missi atau Visi tetapi ia juga dapat menaik taraf negeri sabah daripada antara negeri termiskin di Malaysia.


Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah( KPLB&W) komited untuk menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia menjadi 2.8% pada akhir Rancangan Malaysia 9. Bagaimanapun kadar kemiskinan di Sabah sahaja antara 23.4% malah akan meningkat dari masa ke semasa.
Ini kerana kurangnya infrastruktur yang diperlukan. Misalnya jalanraya dsb yang membolehkan mereka memasarkan hasil-hasil pertanian bagi meningkatkan sosioekonomi. Oleh itu infrastruktur ini penting untuk mengekalkan sosioekonomi yang berterusan.


Kemiskinan merupakan satu penyakit epidemik dengan hampir 7.4 juta penduduk negara ini yang kebanyakannya di kawasan luar bandar. Oleh itu hanya dengan meningkatkan hasil pertanian sahaja yang dapat mengubah taraf kehidupan dan sosioekonomi yang berterusan. Sebarang bantuan atau program di bawah 'Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) amatlah diharapkan oleh rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails