Masyarat Melayu Singapura dilapurkan menghadapi kekurangan pakar bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui mereka, seperti keluarga pincang dan penyalahgunaan dadah.Melahirkan keprihatinan itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata masyarakat Melayu kini menerima bantuan kepakaran daripada masyarakat bukan Melayu tetapi masih memerlukan bantuan pakar Melayu sendiri untuk menangani masalah-masalah itu kerana mereka lebih memahaminya.
Sumber: CyNews
- Beliau berkata demikian dalam satu forum di stesen radio Warna kelmarin, yang laporannya disiarkan akhbar Today semalam.
- Dr Yaacob berkata walaupun masalah keluarga pincang sudah lama wujud, kerumitannya telah meningkat dua kali ganda.
- Menurut beliau, Yayasan Mendaki sedang menjalankan penyelidikan dengan kerjasama seorang profesor bukan Melayu daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).
- Tetapi beliau menekankan masyarakat Melayu harus mempunyai pakar-pakar sendiri, seperti masyarakat lain.
- Beliau memberi contoh masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat mempunyai pakar ekonomi, sosiologi dan profesor yang mempelajari masalah-masalah itu beberapa tahun.
- Menurut Dr Yaacob lagi, pemikiran baru yang fleksibel dan progresif diperlukan bagi menangani masalah yang dihadapi masyarakat Melayu.
- Masyarakat Melayu juga harus mempunyai kepercayaan diri dan keyakinan supaya mereka boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain.
- Dr Yaacob menambah, kelas pertengahan masyarakat Melayu yang sedang meningkat sekarang boleh memainkan peranan mengubah pemikiran mereka yang kurang berupaya.



Post a Comment