SUARA BEBAS TUARAN

Permuafakatan Sejati Antara Kaum Kembalikan Maruah Politik Negara?


"Permuafakatan sejati antara kaum dan memberi penekanan terhadap pelaksanaan empat teras yang menjadi dasar bersama bagi mengembalikan maruah perjuangan politik Malaysia".
Demikian kata Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. Ini adalah cabaran utama Pakatan Rakyat dalam senario politik negara, selain menjalankan pentadbiran negeri yang dalam penguasaan, secara adil dan saksama.
Tanpa melekeh serangan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai antara cabaran penting, beliau berkata, kesepakatan antara KEADILAN, PAS dan DAP lebih utama.
  • Beliau tidak mahu konvesyen bersejarah itu sebagai kejayaan satu hari, sebaliknya disusuli usaha meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat membawa mesej dan fahaman politik berbeza.
  • “Orang Cina bukan hanya mementingkan isu orang Cina. Orang India bukan memperjuang sekolah Tamil sahaja dan orang Melayu tidak terus-terusan memperkata kelemahan dan meminta pertolongan ekonomi. “Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam blog beliau.
  • Empat dasar Pakatan Rakyat ialah menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari kehendak agama dan kepercayaan; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa.
  • Zaid berkata, perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk perubahan tapi bertujuan menjadikan negara dan masyarakat di tahap lebih baik.
  • “Saya yakin semakin ramai orang Melayu Islam menyedari bahawa masyarakat bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi adalah tuntutan utama dalam Islam.
  • “Apa jua label atau slogan yang dilaung-laung tidak sama apabila dibanding dengan nilai murni. Itu adalah Islam sebenar dan bukan hanya bercakap hal Islam,” katanya.
  • Zaid mengingatkan rakyat, Umno dan media kawalannya akan terus memperlekeh usaha murni Pakatan Rakyat dengan mengatakan ia hanya cakap-cakap kosong dan tiada perkara yang diketengah.
  • “Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain,” katanya.
Sumber: FMT
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails