
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mahu rakyat menilai sendiri kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini hilang sokongan selepas ramai kenalan rapatnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.
Menurut Datuk Seri Najib, mereka yang keluar PKR itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu.
Sumber: CyNews, BMM.
Menurut Datuk Seri Najib, mereka yang keluar PKR itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu.
- 'Hari ini mereka yang menjadi penyokong kuat itu mengambil keputusan keluar parti berkenaan, satu demi satu hilang kepercayaan terhadapnya (Anwar),' katanya seperti ditukil Berita Minggu Malaysia baru-baru ini.
- 'Mereka bukan orang biasa yang rakyat tidak kenal. Tetapi mereka ini sangat rapat dengannya (Anwar). Malah ada yang mengenalinya selama 30 tahun,' tegasnya.
- 'Hari ini mereka ini tidak lagi percaya pada pemimpin ini. Apakah kesimpulannya? Rakyat boleh menilainya,' kata Datuk Seri Najib pada majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Dewan Masyarakat Felda Sungai Tinggi di Ulu Selangor baru-baru ini.
- Menurut Datuk Seri Najib, antara pemimpin yang keluar ialah bekas timbalan presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar, yang amat dihormati kerana mempunyai buah fikiran yang baik.
- 'Dr Chandra adalah orang yang rapat dengan Anwar. Beliau marah apabila Anwar dipecat dan beliau naik turun bersamanya.Tetapi hari ini sudah hilang kepercayaan kepada individu itu. Dr Chandra kini menjadi Pengerusi Yayasan 1Malaysia,' jelas perdana menteri itu.
- 'Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehuddin Hashim) yang bertanggungjawab menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor, kini tidak lagi percaya pada parti itu.'
- 'Salehuddin dilaporkan melepaskan jawatan itu 7 Januari lalu untuk memberikan tumpuan pada perniagaan konsultansi minyak dan gasnya.
- 'Bekas ketua pemuda PKR, (Encik) Ezam Mohd Nor, yang sanggup masuk penjara kerana Anwar turut keluar parti itu.
- 'Ezam memberitahu saya yang beliau diminta melawan saya di Pekan pada pilihan raya umum lalu. Dia diminta membuat fitnah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tetapi apabila Ezam tanya ada bukti atau tidak, Anwar kata, bedal jer,' katanya.
- Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Encik Zulkifli Noordin, yang juga peguam kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang mendedahkan ditawar ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes Altantuya.
- Menurut Datuk Seri Najib, Encik Zulkifli mendapat pengesahan daripada Azilah bahawa beliau tidak ada kena-mengena dalam kes pembunuhan Altantuya.



Post a Comment