

Pegawai Penguasa polis ‘anti-pelacuran dan perjudian’ negeri Sabah, DSP Mohd Taufik berkata perdagangan manusia telah berkembang pesat di Sabah. Disamping itu, Sabah kini telah dikenali sebagai salah satu dari tiga negeri dimana terdapat perdagangan manusia yang tertinggi di Malaysia.
Taufik berkata sebahagian besar dari wanita yang ditangkap dalam tiga serbuan di sarang pelacuran, termasuk di Keningau ada lah dari negara jiran,
Beliau mengatakan 33 wanita yang ditangkap dalam satu serbuan, berusia antara 14 .
Sumber: Daily Express
- Ini dijangka berlaku kerana kemakmuran ekonomi negeri ini dan selain dari itu keadaan sempadan yang terbuka luas untuk membolehkan wanita dari negara jiran memasuki negeri ini secara haram .
Dikatakan, wanita-wanita ini telah dibawa masuk melalui darat atau pun melalui laluan air selain dari diterbangkan sebagai pelancung. - Dalam situasi yang sama, masaalah logistik dan sistem pengedaran tenaga kerja yang tidak teratur di negeri ini merumitkan lagi kerja-kerja pemantauan terhadap gejala perdagangan manusia tersebut.
- Dilapurkan bahawa setiba nya wanita-wanita tersebut di Sabah, mereka telah menjadi korban paksaan Petualang sindiket untuk menceburi perdagangan seks dengan penipuan, paksaan, gangguan atau intimidasi.

Taufik berkata sebahagian besar dari wanita yang ditangkap dalam tiga serbuan di sarang pelacuran, termasuk di Keningau ada lah dari negara jiran,
Beliau mengatakan 33 wanita yang ditangkap dalam satu serbuan, berusia antara 14 .



April 29, 2010 8:12 AM
diharap agar pihak berkuasa memantapkan lagi usaha2 untuk membenteras perdagangan manusia ini yang yang sama sekali telah menjejaskan nama baik negeri sabah...
April 29, 2010 8:15 AM
di samping itu juga, kerjasama semua pihak juga adalah perlu agar usaha2 untuk membenteras gejala ini berkesan dan dapat dilaksanakan...pusat2 perlancongan juga harus dipantau oleh pihak berkuasa selain daripada pusat2 hiburan...
April 29, 2010 9:06 AM
Pihak polis harus sentiasa membuat pemantauan terhadap gajala perdagangan manusia yang semakin berleluasa di negeri ini.perdagangan manusia ini hanya melibatkan wanita untuk dijadikan pelacur. Menurut sumber, memberitahu pemberita bahawa modus operandi kes seperti yang dialami gadis itu ialah menggunakan pola pindah tangan iaitu dijual dari satu tangan ke tangan lain.
April 29, 2010 11:16 AM
salah 1 faktor, sabah ni terlalu luas, oleh itu mudah bagi mereka bergiat aktif tanpa dikesan. saya harap, orang awam tampil untuk berkerjasama dan laporkan aktiviti sepeti ini jika berlaku disekitar anda.
April 30, 2010 8:46 AM
Dimana ada permintaan disitu ada penawaran! kalau tiada permintaan terhadap wanita untuk dijadikan pelacur maka...tiada berlaku jenayah memperdagangkan manusia ni! Yang harus ditangkap ialah pelanggan lelaki yang rakus dan tidak bermoral...termasuk juga si bapak ayam....yang tiada sifat perikemanusiaan langsung
April 30, 2010 8:53 AM
selain daripada kawasan sempadan yang luas, taktik yang digunakan juga sukar dikesan (penipuan pasport dll)...
April 30, 2010 8:55 AM
Aktiviti perdagangan manusia ni sebenernya sudah lama berlaku di negeri kita, cuma pihak berkuasa ini hanya bertindak bila sudah terlalu banyak adaun. So diharapkan, pihak-pihak berwajib harus menjalankan tanggungjawab ini untuk membenteras gajalah-gajalah sebelum ia berleluasa dan menimbulkan pelbagai masalah.
April 30, 2010 8:56 AM
program kesedaran harus diwujudkan terutama bagi kawasan luar bandar dan pendalaman (Malaysia) agar tidak terjerat dalam perangkap ini. selain itu, kita harus memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berhubung dengan gejala ini agar sama2 dapat bekerjasama dalam usaha menyelamatkan rakyat kita daripada menjadi mangsa kerakusan segolongan manusia yang tidak berhati perut.
Post a Comment