

Empat kawasan dikenalpasti sebagai destinasi utama pemerdagangan orang di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau, kata Pegawai Kanan Program Archdiocese Human Development Commission (AHDC) Kota Kinabalu, Jenifer Majalap.
Jennifer berkata berdasarkan laporan penilaian yang dibuat oleh Pusat Kajian Antropologi Pusat (PUSKA) dan Universiti Indonesia yang membuat penyelidikan mengenai isu pemerdagangan orang dari 14 Jan hingga 3 Mac lalu mendapati Sabah juga digunakan sebagai transit untuk putaran pemerdagangan kanak-kanak perempuan ke Labuan, Sarawak dan Sememanjung Malaysia.
“Manakala laluan utama pemerdagangan orang pula ialah dari Nunukan atau Sungai Nyamuk (Indonesia) ke Tawau, Nunukan (Indonesia-Kalabakan), laluan laut dari Zamboanga (Filipina) – Sandakan, laluan udara dari Manila ke Kota Kinabalu dan laluan darat dari Lawas (Sarawak) ke Sindumin dan Labuan – Kota Kinabalu.
“Sehubungan itu program anti pemerdagangan orang di negeri ini dijalankan serentak dengan kempen anti pemerdagangan di Sarawak dan Labuan,” katanya.
Sumber:NST

“Manakala laluan utama pemerdagangan orang pula ialah dari Nunukan atau Sungai Nyamuk (Indonesia) ke Tawau, Nunukan (Indonesia-Kalabakan), laluan laut dari Zamboanga (Filipina) – Sandakan, laluan udara dari Manila ke Kota Kinabalu dan laluan darat dari Lawas (Sarawak) ke Sindumin dan Labuan – Kota Kinabalu.
“Sehubungan itu program anti pemerdagangan orang di negeri ini dijalankan serentak dengan kempen anti pemerdagangan di Sarawak dan Labuan,” katanya.
- Jenifer berkata, kebanyakan pemerdagangan orang dari luar Sabah adalah berasal dari Jawa Timur, Sulawesi Selatan (Torjan), Kalimantan Barat (Pontianak), Visaya, Mindanao (Zamboanga), Luzon dan sebahagian kecil dari Sarawak.
- “Buruh-buruh dari Indonesia tanpa dokumen biasanya diperdagangkan melalui Tawau/ Kalabakan, manakala pekerja dari Filipina pula melalui Semporna dan Sandakan,” jelas beliau.
- Katanya lagi, antara cabaran utama menangani isu ini ialah kekurangan data statistik, pengenalan kepada mangsa pemerdagangan, kekurangan latihan dalam mengetahui agensi yang berpengalaman, cabaran penyiasatan, keengganan mangsa dan saksi untuk bekerjasama dan penipuan pengambilan pekerja asing.
- “Faktor yang menyebabkan pemerdagangan orang adalah rumit dan berkaitan antara satu sama lain ialah ‘Demand & Supply’ iaitu manfaat daripada jenayah pemerdagangan orang lebih besar daripada risikonya,” katanya dan menambah pemerdagangan orang adalah salah satu industri yang paling menguntungkan dalam ekonomi pasaran gelap dunia selepas dadah dan senjata api.
- Beliau berkata, pemerdagangan orang adalah jenayah yang paling cepat berkembang di dunia, lebih kurang 27 juta penduduk dunia menjadi mangsa pemerdagangan orang.
- Sehubungan itu katanya, pencegahan pemerdagangan orang di negeri ini memerlukan kerjasama antara Malaysia dan rakan-rakan sejawat daripada Indonesia dan pihak berkuasa Filipina.
- Jenifer berkata, bagi mengelak orang tempatan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman menjadi mangsa pemerdagangan orang, kesedaran mengenai masalah itu perlu dimasukkan dalam Kempen Anti Dadah.
- Kesan pemerdagangan orang boleh dilihat dari tiga aspek iaitu mangsa (individu), Masyarakat dan negara atau kerajaan.
- “Mangsa akan mengalamai gangguan kesihatan, dijangkiti pelbagai penyakit, gangguan mental, trauma dan menanggung malu, katanya.



April 30, 2010 8:46 AM
sememangnya perdagangan manusia ini merupakan kudis di sabah...seperti ynag dinyatakan dalam artikel, langkah yang paling berkesan untuk memerangi gejala ini adalah melalui kerjasama antara semua pihak baik dalam dan luar negeri...
April 30, 2010 10:41 AM
Terlebih bersetuju yang mana aktiviti ini suda berleluasa.... Satu lagi penduduk setempat perlu lari dari terjerat oleh aktiviti ini... Jika tidak makan penawaran akan lebih jika permintaan juga lebih dan menggalakkan...
April 30, 2010 11:16 AM
nampaknya kajian telah dilakukan berikutan masalah ini semakin berleluasa. diharapkan hasil kajian ini dapat membantu menangani masalah ini seterusnya membersihkan sabah dari istilah destinasi perdanganan manusia.
April 30, 2010 2:58 PM
ya la...nama baik sabah yang merupakan destinasi pelancongan juga turut terjejas...mereka datang sebagai pelancong tetapi sebenarnya untuk diperdagangkan...
May 5, 2010 11:49 AM
Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan masa kini, Antara penyebab utama ialah permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual dan jeratan hutang. Kekurangan peluang meningkatkan pendapatan sumber keluarga (kemiskinan) serta kekurangan kesedaran kuasa kemasyarakatan juga antara faktor-faktor penyumbang. Bagaimanapun pencegahan pemerdagangan manusia di negeri ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.
May 5, 2010 12:05 PM
pencegahan pemerdagangan manusia di negeri ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya pihak berkuasa PDRM, KASTAM, IMIGRESEN dan AGENSI MIRITTIM ANTARABANGSA MALAYSIA (APMM) amat diharapkan, kesedaran dan rasa tanggungjawab sesama manusia dikalangan masyarakat juga amat dialu-alukan.
May 5, 2010 1:18 PM
Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika menunjukkan kegiatan Pemerdagangan Manusia mendatangkan keuntungan yang begitu besar dan dianggarkan kegiatan pemerdagangan Manusia melibatkan wang US 33 bilion setahun(angka tidak rasmi) Kegiatan Pemerdagangan manusia bukan sahaja berlaku di negera-negara mundur/miskin tetapi juga negara-negara maju. Oleh itu langkan pencegahan perlu diambil oleh pihak-pihak berkuasa daripada berleluasanya pemerdagangan manusia di negeri ini terutamanya di bahagian sempadan Indonesia dan Filipina.
May 8, 2010 11:35 AM
pemerdagangan manusia telah lama berlaku di sabah. semua pihak hruslah bekerjasama membendung perkara ini. pihak berkuasa haruslah megawal segala pintu masuk dan keluar negara ini bagi memastikan pemerdagangan manusia dapat ditangani.
May 11, 2010 10:27 AM
perdangangan manusia amat berleluasa disabah. ini kerana keduduka nsabah yang begiti hampir dengan negara-negar jiran seperti indon dan filipina, perairan sabah yamg terlalu luas juga memudahkan kegiatran ini diilakukan. kegiatan ini harus dibendung kerana ia merupakan satu perkara yang memberi kesan negatif terhadap negara. pengwalan yang lebih ketat perlu dilakukan.
Post a Comment