SUARA BEBAS TUARAN

Speaker Memberi Amaran Keras Kepada MP Pasir Salak


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak mengganggu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.
Beliau sudah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.
  • Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Ahli Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.
  • Namun, Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.
  • Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan itu, beliau memberi pandangan kepada kedua-dua Ahli Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.
  • "Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak supaya Ahli Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.
  • Dalam pada itu, Tajuddin yang ditemui luar dewan berkata beliau tidak menerima amaran tersebut dan berpendapat tidak melakukan sebarang kesalahan. Malahan beliau mengakui bersedia menerima sebarang tindakan ke atasnya.
  • "Saya tidak menerima kesalahan ini. Kamu beritahu Speaker saya tidak menerimanya.
  • Saya bersedia menghadapi sebarang tindakan ke atas saya. Ia tidak adil untuk meletakkan kesalahan ini kepada saya tanpa sebarang sebab, apa sebabnya?" soal Tajuddin.
  • Sementara itu, Kulasegaran berkata beliau akan membuat laporan polis sekiranya Tajuddin tidak mengambil sebarang tindakan termasuk memohon maaf selepas diberi amaran hari ini.
  • Saya tidak melakukan perkara itu dan semua boleh lihat blog saya.Jika dia (Tajuddin) tidak berpuas hati dia perlu membuat laporan polis atau saman saya," katanya."Saya ingin tegaskan segala dakwaan yang dibuat Tajuddin adalah tidak berasas.Saya tetap dengan pendirian bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapnya," jelas beliau di lobi parlimen pagi tadi.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails