Sarawak bakal memiliki pusat penyelidikan benih sendiri bagi menjalan-kan aktiviti penyelidikan pokok-pokok yang sesuai ditanam di negeri ini.Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia merupakan satu pendekatan agresif diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha memelihara alam sekitar.
“Dengan itu sebagai langkah awal kita memperuntukkan sejumlah RM5 juta dalam usaha berkenaan,” katanya berucap merasmikan pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri di pekarangan bangunan Dewan Undangan Negeri baru di sini, semalam.
Sumber: BP

- Menurut beliau pembiayaan berkenaan adalah untuk menjalankan penyelidikan dari-pada negara-negara tropika yang lain mengenai jenis pokok yang sesuai ditanam di Sarawak.
- Katanya, pendekatan yang sesuai dalam usaha menjaga alam sekitar amat penting berikutan perubahan iklim yang berlaku sejak akhir- akhir ini.
- Beliau dalam pada itu turut menggesa pakar botani di negeri ini agar meneliti bagaimana negara-negara seperti China dan Singapura berjaya menanam pokok di kawasan bandar mereka.
- Sarawak mensasarkan penanaman sekurang-kurangnya 2.6 juta pokok dalam tempoh lima tahun akan datang.
- Ia adalah sebahagian daripada program di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok.

Post a Comment